
Roda Impian Pernah Jadi ‘Game Show’ Paling Popular Di Malaysia
Roda Impian pernah jadi game show paling popular di Malaysia suatu ketika dahulu.
“Saya putar, Halim.”
“Saya selesaikan, Halim.”
“Wang besar, wang besar, wang besar.”
Itu antara dialog yang sehingga kini masih lagi diingati penonton dan penggemar ‘game show’ Roda Impian yang diacarakan oleh Halim Othman (1996-2002) dan Hani Mohsin (2002-2006).
BACA: Sejarah Kota A Famosa Yang Dibina Dari Batu Masjid Dan Kubur Melayu
Mula disiarkan pada tahun 1996 di Astro Ria, rancangan kuiz terbitan Filem Karya Nusa ini merupakan adaptasi daripada rancangan popular dunia dari Amerika Syarikat, Wheel of Fortune.

Permainan ini menguji tiga orang peserta untuk meneka perkataan yang dipaparkan dan memilih huruf-huurf yang diingini selepas memutarkan roda impian untuk mendapatkan markah.
Setiap episod akan ada tajuk yang disediakan antaranya nama, slogan, orang, pekerjaan dan sebagainya.
Peserta dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan akhir dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah tajaan selain daripada hadiah misteri.
Antara hadiah mewah yang pernah peserta menang adalah sebuah rumah bernilai RM400,000, barangan kemas daripada Habib Jewels berserta wang tunai bernilai lebih RM40,000 membawa kepada jumlah keseluruhan yang dimenangi adalah sebanyak RM600,000.
Roda Impian pernah disiarkan semula pada Februari 2009 di TV3 dengan format dan hos yang baharu iaitu Kieran dan dibantu oleh Fauziah Gous iaitu Pusingan Siapa Cepat.
Pernah menjadi game show paling popular di Malaysia dan paling banyak episod iaitu sebanyak 1,040 episod dengan 11 musim, sehingga kini Roda Impian masih ada pengikutnya yang meminta agar rancangan ini dikembalikan semula ke stesen televisyen.