Filem Rocketman

‘Rocketman’ Sebuah Kisah Perjalanan Karier Muzik Elton John

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebuah lagi filem yang mengisahkan perjalanan karier muzik penyanyi legenda iaitu Elton John yang berjudul Rocketman.

Filem ini menyaksikan Taron Egerton, bintang filem Kingsman: Secret Service yang mana pada kali ini membawakan watak sebagai bintang pop legenda Britain itu.

Rocketman diarahkan oleh Dexter Fletcher manakala skrip ditulis oleh Lee Hall. Syarikat produksi Marv Film bertindak selaku penerbit bersama-sama Elton John menerusi syarikatnya Rocket Pictures.

Filem Rocketman

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah dia berjaya memberi pengaruh muziknya kepada peminat-peminat seluruh dunia.

Dalam filem ini juga akan menampilkan ibunya Sheila Eileen (Bryce Dallas Howard) dan bagaimana dia berkolaborasi dengan Bernie Taupin (Jamie Bell). Tidak dilupakan juga Richard Madden akan memainkan watak sebagai John Reid, pengurus Elton John.

Peminat lagu-lagu Elton John pasti ternanti-nanti untuk menonton filem ini. Rocketman akan ditayangkan di Malaysia pada 25 Julai 2019.