Robot

Robot Semakin Bijak Atasi Manusia, Google Terpaksa Bangunkan Teknologi Lebih Maju

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

3 bilion nyawa terkorban pada 29 Ogos 1997 akibat peperangan dengan mesin atau robot yang dikawal oleh Skynet. Mereka yang terselamat dalam serangan nuklear itu menggelarkan hari malang tersebut sebagai ‘Judgment Day’.

Meskipun plot filem sains fiksyen mahakarya James Cameron di atas hanyalah rekaan semata-mata, namun kebijaksaan mesin atau robot pada hari ini dilihat semakin ‘mengancam’ manusia.

Ahli sains terkemuka, Zamir Mohyedin membuat perkongsian berikut di Facebooknya yang menceritakan secara ringkas tentang kecerdikan komputer, robot atau Artificial Intelligence (AI) pada hari ini dan bagaimana sistem terbaharu yang dibangunkan oleh Google mungkin dapat ‘menyelamatkan’ kita semua.

Robot

Sekarang banyak laman sesawang guna benda ini untuk tentukan sama ada kita robot ataupun manusia, untuk melindungi laman sesawangnya. Dulu tak macam ini. Dulu kita kena taip balik perkataan tertentu yang terherot (distorted) ataupun kena pilih gambar yang ditanyakan untuk tentukan kita betul-betul manusia.

Kalau perasaan, sistem macam itu dah tak ada dah. Susah nak nampak. Sekarang banyak suruh klik “I’m not a robot” saja. Nampak ringkas gila. Kita dah tak payah nak selesaikan teka-teki. Walaupun ringkas, teknologinya di sebaliknya agak maju.

Google bangunkan sistem ini sebab komputer/robot/kecerdasan buatan sekarang dah semakin cerdik. Ia sudah pintar untuk mengesan perkataan terherot ataupun gambar-gambar tertentu. Jadi, dah susah untuk bezakan sama ada yang menaip itu manusia ataupun robot.

Jadi, apa yang “I’m not a robot” ini buat? Apabila kita klik, Google dapat analisis kelakuan (behaviour) sama ada diklik oleh manusia ataupun robot. Macam mana? Umumnya Google dapat tahu bagaimana tetikus kita bergerak, saiz skrin, alamat IP, bahasa yang digunakan, input papan kekunci, bagaimana kita menaip, laman sesawang yang kita sedang buka, dan sebagainya. Mereka ada model bagaimana kelakuan manusia yang sepatutnya apabila berinteraksi dengan laman sesawang.

Beli buku saya, Genesis II yang selain sembang pasal pra-sejarah manusia, ada juga sembang pasal interaksi dan krisis manusia berhadapan dengan teknologi termaju:
Boleh lakukan pembelian melalui pautan berikut:
Bookstore: http://bit.ly/GenesisIIZamir
Shopee: bit.ly/GenesisDua

BACA: Manusia vs Robot: ‘Self Payment Machine’ Dan ‘Robot Pelayan’ Gugat Peluang Kerja Di Malaysia

Sumber: Zamir Mohyedin