
Robot Anjing Bantu Kerajaan Pantau Jarak Sosial Rakyat Singapura
Mencatatkan peningkatan kes mendadak sehingga membawa kepada jumlah keseluruhan kes sebanyak 23,336 dan 20 kematian, Singapura telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melepaskan robot anjing ‘bersiar’ di taman bagi memantau penjarakan sosial di sana.
Robot anjing yang diberikan nama Spot oleh syarikat Boston Dynamics itu dibangunkan dengan suara lemah lembut wanita yang akan mengingatkan orang ramai untuk menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.
“For your own safety and for those around you, please stand at least one metre apart. Thank you.”
‘Dilepaskan’ sejauh 3km di Taman Bishan-Ang Mo Kio selama dua minggu bermula 8 Mei, Spot akan bersiar ketika bukan waktu puncak.

Turut dilengkapi dengan kamera yang boleh mengira jangkaan kehadiran pengunjung di taman tersebut, kamera berkenaan bagaimanapun tidak berupaya mengenal pasti individu tertentu. Ini bermakna, tiada data peribadi akan dikumpul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan hal tersebut.
Spot yang dikawal dari jauh membolehkan kerajaan mengurangkan tenaga kerja untuk rondaan taman serta mengurangkan kontak rapat antara kakitangan, sukarelawan mahu pun pengunjung.
A robot dog named SPOT is asking joggers and cyclists to stay at least one meter apart in Singapore https://t.co/QkDNr4pNiV pic.twitter.com/3xRfSJrfeI
— Reuters (@Reuters) May 9, 2020
Singapura yang menerima pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam mengekang penularan wabak berkenaan bagaimanapun tewas selepas bilangan kes positif di sana meningkat melepasi Indonesia yang pada awalnya dikatakan sebagai bom jangka ASEAN.
Disebut sebagai sebuah negara yang efisyen dalam menangani krisis pandemik ini, ratusan kes positif datangnya daripada kalangan pekerja warga asing.
Sumber: Global News, GovTech Singapore
NOTA:
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.