Kenapa Kayu Belian Dipilih Berbanding Konkrit Jeti

RM50,000 Untuk Sebuah Jeti, Kenapa Kayu Belian Jadi Pilihan Berbanding Konkrit?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran beserta beberapa keping gambar majlis penyerahan jeti kayu di Kampung Mutap di Miri yang bernilai RM50,000.

Perkara itu mencetuskan perdebatan ‘hangat’ di media sosial apabila melihat rupa jeti yang hanya ukuran lebar satu meter dan panjang 15 meter kerana dianggap tidak setimpal dengan kos yang disebutkan.

JKR Sarawak kemudian membuat penjelasan lanjut menyatakan bahawa harga bagi pembinaan jeti kayu itu adalah wajarOd kerana dibina menggunkan kayu belian yang bermutu tinggi dan harganya pula mahal.

Selain itu, JKR Sarawak juga memaklumkan ia termasuk faktor-faktor lain seperti keadaan laluan jalan ke kampung tersebut, logistik dan keselamatan (kawasan yang dipenuhi buaya).

Namun begitu, segelintir netizen masih tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut kerana merasakan pembinaan menggunakan kayu pasti tidak tahan begitu lama dan mencadangkan sepatutnya ia dibina daripada konkrit selain reka bentuknya yang dilihat tidak selamat.

Susulan itu, mereka yang berpengalaman dalam bidang ini terpanggil untuk memberi penerangan mengenai isu tular ini.

Seorang pengguna Facebook yang juga jurutera profesional, Gs. Ir. Jeffery Jim menyatakan beberapa faktor mengapa kayu belian menjadi pilihan dalam pembinaan jeti di kawasan tersebut berbanding konkrit.

1. Sifat kayu

Menurut beliau, kayu belian dikategorikan sebagai S.G.2 iaitu kumpulan kayu yang dianggap sebagai kayu yang sangat keras dan tidak mudah reput.

Ia sejenis kayu tahan lama dan dilengkapi sifat kejuruteraan yang sangat baik. Ia juga sesuai digunakan sebagai ‘scaffolding access’, laluan pejalan kaki dan platform kerja.

Kenapa Kayu Belian Dipilih Berbanding Konkrit Jeti

2. Ketahanan

Ujarnya, kayu belian merupakan kayu terbaik apabila berkaitan marin terutama di sungai dan lebih tahan berbanding konkrit. Melihat pada tapak kawasan pembinaan, ia sebenarnya adalah pilihan terbaik apabila mengambil kira ciri-ciri yang diperlukan.

3. Konkrit tidak sebaik Belian

Bancuhan konkrit pracampuran yang sedia ada tidak sesuai kerana kebanyakan konkrit jenis itu tidak direka khas dengan campuran percubaan yang dijalankan.

Selain itu, perlu difikirkan faktor hakisan yang menyebabkan integriti jeti konkrit diragui.

4. Ketumpatan

Faktor ketumpatan (density) juga perlu diambil kira yang mana belian mempunyai ketumpatan sangat rendah berbanding konkrit.

Ini bermakna ia lebih murah mengangkut kayu belian berbanding semua bahan yang terlibat untuk pembinan jeti konkrit.

Tambahnya, faktor lain yang perlu diambil kira seperti elemen kebolehbinaan yang amat penting dalam sesuatu projek, proses penyelenggaraan pada masa akan datang dan lain-lain yang telah disebut JKR Sarawak.

Baca DI SINI untuk penerangan lebih lanjut.