Risiko Mandul

Risiko Mandul – Doktor Nasihatkan Kaum Lelaki Jangan Letak ‘Handphone’ Dalam Poket Seluar!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang doktor telah menasihatkan kaum lelaki supaya tidak meletakkan telefon bimbit di dalam poket seluar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan risiko kemandulan.

Risiko Mandul

Dalam satu klip video berdurasi 39 saat yang dimuat naik di akaun TikToknya, Dr Raihana Ismail telah memberi penjelasan bagi menjawab persoalan yang telah diterimanya berikut:

“Doktor, betul ke letak handset di poket boleh menyebabkan mandul bagi lelaki?”

“BETUL. Ada benarnya. Ada kajian telah dilakukan, 9 lelaki diletakkan berhampiran dengan telefon bimbit…diambil sampel air mani.”

“Apabila diperhatikan di bawah mikroskop, terdapat perubahan kelajuan sperma, bergerak lebih perlahan dan termutasi…itu yang bentuk satu kepala, dua ekor”.

“Ini adalah efek radiasi daripada elektromagnetik yang kita tak nampak dengan mata kasar.”

“Yang dah berkahwin dan bakal berkahwin, elakkan letak telefon bimbit yang aktif…Wi-Fi…5G. Dia punya elektromagnetik dan radiasi sangat tinggi”.

Dr Raihana turut menulis deskripsi videonya dengan kapsyen – “Tag yg tersayang. Selamatkan gen kita” dan dalam masa 48 jam, video tersebut telah ditonton lebih 900 ribu kali!

Antara komen-komen yang diterima oleh netizen ialah:

“Habis nak letak kat mana…takkan nak letak kat dalam kasut” – Syazarin Airie

“Saya dah 30 tahun letak dalam poket. Alhamdulillah anak dah 4.. zuriat semua dari Allah” – BABAH HAFIZX

“Saya suka letak phone kat kocek belakang.. risau buasir pulak” – Ad Junior581

“Saya dah biasa letak dalam seluar dalam 😂 makin tahan lama tenaga batin 😂” – Jep Fauzi

“Assalamualaikum doctor. Saya nak sumber reference paper ni boleh?” – Akmal Amani

Dalam video susulannya, Dr Raihana turut menyarankan lelaki yang masih ingin meletakkan ‘handphone’ dalam poket seluar supaya menggunakan pelapik yang diperbuat daripada sejenis material kulit bagi mengelakkan berlakunya kemandulan dan kecacatan kromosom pada sperma.

Menurutnya lagi, setiap tahun kadar kesuburan semakin menurun disebabkan punca utamanya iaitu penggunaan gajet yang meluas pada hari ini.

BACA: Telefon Bimbit Ganggu Kesuburan Dan Kuantiti Sperma Lelaki

Sumber: TikTok @drraihanaismail