Israel Arah Stesen TV Palestin Ditutup 1

Risau Kekejaman Diketahui Dunia, Israel Arah Stesyen TV Palestin Ditutup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Melalui zaman ekonomi yang tidak menentu ini, ramai orang mula melakukan kerja berganda untuk menyara kehidupan. Antara kerja yang sering dijadikan side income ialah berniaga makanan dari rumah.

Bukan sahaja mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak, malah makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan perniagaan pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup.

Perniagaan dari rumah telah menjadi salah satu trend dengan perkembangan teknologi, pasti menjadi suatu yang tidak lapuk ditelan zaman kerana konsepnya yang menguntungkan.

Bagi anda yang was-was untuk mencuba memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan ini, tidak perlu khuatir dan teruskan niat untuk mencubanya. Mari kita lihat beberapa tip untuk memulakan perniagaan makanan dari rumah.

perniagaan makanan dari rumah
Sumber: Pinterest

1. Ketahui makanan yang ingin dijual

Tentukan jenis makanan yang bagaimana untuk dijual. Pastikan menu yang dijual dicari orang ramai atau makanan yang menjadi trending pada masa itu.

Hanya pilih satu atau beberapa menu sahaja yang anda rasakan patut dijual kerana perlu lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Jangan terlalu tamak untuk meniagakan banyak jenis makanan kerana akan menjejaskan kualiti makanan serta merumitkan kerja anda kelak. Melainkan perniagaan anda sudah stabil, boleh luaskan perniagaan ke peringkat seterusnya.

2. Rancang perniagaan dengan teliti

Lakukan perancangan yang rapi bagi membolehkan anda mempunyai panduan dalam mengendalikan hala tuju perniagaan baik dari segi masa sekarang atau masa hadapan. Setelah ada perancangan, anda hanya perlu mengikut plan yang telah ditetapkan contohnya, bagaimana perniagaan yang ingin dijalankan, berapa orang pekerja dan jumlah bajet yang diperlukan.

Dengan dunia teknologi ini, gunakan sahaja alam maya, misalnya membina sebuah laman web atau menggunakan media sosial untuk mempromosikan dan menguruskan perniagaan anda.

3. Cipta ruang betul dan selesa

Agak rumit sedikit kerana anda memerlukan ruang khas dan selesa untuk memasak dan menyediakan makanan kerana anda beroperasi dari dapur rumah yang berkongsi ruang bersama keluarga.

Selain itu, anda perlu pastikan ruang menyediakan makanan cukup bersih dan berada dalam keadaan baik bagi memudahkan anda melakukan tugas memasak.

perniagaan makanan dari rumah
Sumber: Baking Fix

4. Sediakan bajet secukupnya

Ini merupakan salah satu aspek penting dalam senarai perancangan anda. Buat kira-kira dengan teliti untuk jumlah modal yang diperlukan.

Jika simpanan yang ada tidak mencukupi, boleh membuat pinjaman wang dari mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang menyediakan pinjaman wang. Namun, pastikan jumlah yang dipinjam memadai dengan perniagaan dari rumah anda itu, jangan terlalu berlebihan dan jangan pula sehingga tidak mencukupi.

5. Dapatkan bantuan dan nasihat dari pakar

Memang tidak mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan walaupun perniagaan dari rumah. Seeloknya, rujuk atau minta pendapat dan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman dahulu.

Melalui itu, anda mungkin akan memperoleh pengetahuan atau ilmu baharu yang mungkin tidak anda ketahui sebelum ini.

6. Cari pembekal bahan mentah

Jangan ambil mudah tentang hal ini, anda perlu mencari pembekal bahan mentah yang membolehkan anda mendapatkan bekalan setiap hari tanpa risau kehabisan stok. Jangan samakan membeli bahan mentah untuk berniaga seperti membeli bahan mentah untuk dimasak kepada diri dan keluarga.

Kita tidak mahu terjadi masalah apabila gerai yang selalu dikunjungi tutup atau kehabisan stok. Apabila anda sudah menjadi pemborong tetap, sudah pasti anda boleh mendapat harga yang jauh lebih murah berbanding jika dibeli di kedai biasa.

7. Buat kajian sedikit sebelum memulakan perniagaan

Boleh melakukan tinjauan untuk mencari makanan apa yang mendapat permintaan ramai atau gunakan sahaja kreativiti anda mencipta mahupun mengolah resipi bagi menarik perharian pembeli. Selalunya makanan yang unik atau susah untuk didapati sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

8. Guna kuasa viral

Cara terbaik untuk menghebahkan kepada umum tentang perniagaan anda, bermula ketika masih dalam proses, mungkin dengan cara teaser; menyebut tentang harga promosi pengenalan dan mula perkenalkan menu anda. Melalui cara ini, orang akan tertunggu-tunggu produk makanan anda pada hari pertama anda memulakan jualan.

Setiap perniagaan makanan mampu berjaya jika dilakukan dengan betul. Tidak kiralah apa jua jenis makanan yang dijual, yang penting ialah pastikan anda betul-betu memahami cara pembuatan, pengendalian dan bahan yang diperlukan. Barulah produk yang anda ingin jual akan laku kerana anda telah memberikan yang terbaik dalam penghasilannya.

Semoga berjaya!

Sumber: FMT