Rindu Anak, Hilang Kerja Jadi Punca Lelaki Nekad ‘Buat Gila’ Jalan Kaki Dari Shah Alam-Kelantan

Sumber: FB Matnoe

Hanya kerana rindu anak, seorang lelaki sanggup ‘buat gila’ berjalan kaki pulang ke Kelantan. Begitulah kasih seorang ayah.

Dua hari lalu, tular di laman media sosial mengenai kisah seorang lelaki yang nekad berjalan kaki pulang ke kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan.

Hilang pekerjaan, tiada kenderaan dan rindu anak menjadi pendorong semangatnya untuk melakukan keputusan untuk meredah perjalanan lebih 400km dengan hanya berjalan kaki.

24 APRIL 2020 buat panggilan video ngn anok no 2 ..anisa : abah bila nak balik? nisa rindu ko abahabah : xdok bas…

Posted by Matnoe Poksu Din on Monday, April 27, 2020

Dengan berbekalkan RM150, beliau yang bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tinggal di asrama yang disediakan majikan di Seksyen 7 bersyukur apabila terdapatnya bas di Bandar Tasik Selatan (TBS) yang menuju ke Gopeng, Perak.

Keluar dari asrama seawal jam 7 pagi 26 April, Muhammad Noor Ramli, 29 tahun kemudiannya menaiki bas di TBS pada jam 6 petang hari sama dan tiba di Gopeng pada jam 9.30 malam hari yang sama.

Rindu Anak, Hilang Kerja Jadi Punca Lelaki ‘Buat Gila’ Sanggup Balik Kelantan Jalan Kaki 3
Sumber: FB Matnoe

Bermalam di stesen bas sebelum memulakan semula perjalanan berjalan kaki pada jam 7 pagi, beliau kemudiannya tiba di Amanjaya, Ipoh pada jam 1 petang. Cuba untuk menahan lori atau kenderaan yang ada, beliau memberitahu kelibatnya seakan tidak disedari.

Posted by Matnoe Poksu Din on Sunday, April 26, 2020

Tamat kontrak bekerja pada 16 Mac lalu, kerja gila beliau hanya diketahui isteri dan ahli keluarganya menerusi siaran langsung yang dibuat di laman Facebooknya.

Meminta untuk ditularkan supaya ada bantuan daripada segi tumpangan kenderaan, ramai pihak tampil mahu memberikan bantuan namun disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan hanya dibenarkan dari Gerik ke Jeli.

Rindu Anak, Hilang Kerja Jadi Punca Lelaki ‘Buat Gila’ Sanggup Balik Kelantan Jalan Kaki 1
Sumber: FB Matnoe

Muhammad Noor kemudiannya menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai polis di Gerik yang meminta supaya beliau tidak ke mana-mana agar bantuan mudah diberikan.

Beliau kemudiannya dibawa ke sekatan jalan raya di Gerik dan menahan sebuah lori yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Gong Badak, Terengganu bagi menumpangkannya sehingga ke Tanah Merah.

Selamat tiba di Balai Polis Batu Gajah pada jam 11 malam 27 April dengan baki duit sebanyak RM30, beliau diminta untuk menjalani saringan COVID-19 di Klinik Batu Gajah sebelum diarahkan untuk mengkuarantinkan diri selama 14 hari.

Bersiap untuk ke hospital buat saringan .. tapi rakanrakan semua jangan bimbang .. saya takkan jalan kaki ke hospital ..

Posted by Matnoe Poksu Din on Monday, April 27, 2020

Berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusannya, Muhammad Noor memberitahu masih ada netizen yang memberikan komen-komen negatif kepada keluarganya tanpa mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.

Kami ahli keluarga Matnoe Poksu Din mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak2 yang turut membantu memudahkan…

Posted by Ct Yam on Monday, April 27, 2020