Rider T20

‘Rider’ Ini Dedah Taktik Keji Golongan T20 Nak Makan ‘Free’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banyak kisah menarik yang dikongsikan oleh ‘rider’ atau pekerja khidmat penghantaran makanan di media sosial yang menceritakan tentang bermacam-macam perangai pelanggan yang telah ditemui mereka ketika menjalankan tugas.

Kisah-kisah yang dikongsikan oleh penunggang p-hailing ini turut menyentuh pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan ‘kayangan’ yang dikatakan mempunyai sifat buruknya yang tersendiri.

Di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, seorang ‘rider’ Cje Kassim telah berkongsi pengalamannya berikut mengenai pelanggan yang kononnya ‘have-have’ tapi kedekut nak bayar dan sanggup menipu semata-mata untuk makan ‘free’.

Semoga dapat dijadikan pengajaran.

Rider T20

Hari ni aku bukan nak cite pasal B40, tapi pasal T20.

Aku hanya rider food je. Dah 2,3 kali terjadi bila aku sampai rumah customer, call tak jawab, tekan loceng tak buka pintu. Alih-alih dapat aduan kononnya makanan tak sampai.

Ada hari tu aku dapat job hantar makanan Korea ke Mont Kiara. Rumah kawasan orang ada-ada T20. Sampai je aku depan rumah dia, aku call 2,3 kali tak jawab. Tekan loceng, tak buka pintu. Tapi aku perasan ada orang mengintai dari langsir.

Aku letak makanan atas tembok pagar dan aku tahu dah modus operandi si lahanat T20 ni nak makanan free. Aku start motor jalan depan sikit berenti bawah pokok. Dalam 3,4 minit keluar tuan rumah tu ambil makanan atas tembok, sambil aku merakam dengan handset.

Sangkaan aku betul dalam 40 minit selepas tu Customer Service call dan kata customer complain makanan tak sampai dan nak refund harga makanan RM seratus lebih. Aku bagi gambar nombor rumah dan gambar makanan yang aku letak tadi pada Customer Service.

Customer masih mempertahankan bahawa dia tak terima makanan tu. Last sekali aku bagi bukti video pulak. Baru la dia mengaku kononnya lupa. Padahal dah masuk perut jadi tahi dah makanan tu.

Tanya la rider-rider food e-hailing mesti pernah terkena. Bagi by hand pun boleh report kata makanan tak sampai. Yang tak bijak tak ambil gambar masa serah tu memang terkena la.

Tu je nak cerita perangai lahanat T20 ni. Rumah besar tapi nak makan free.

BACA: Budak Terkejut Pesan Hanya Satu Menu, Tapi 42 Rider FoodPanda Yang Sampai Depan Rumah

Sumber: Cje Kassim