
Ribuan Pelajar Washington Dilarang Ke Sekolah Jika Tidak Divaksin
Tidak tahu berpunca daripada mana, semakin banyak timbul gerakan anti-vaksin kerana tidak yakin dengan keberkesanan vaksin yang digunakan termasuk di Malaysia, kesangsian ibu bapa terhadap kesucian halal dan haram vaksin.
Pelbagai program pencerahan dan kempen kesedaran daripada pakar perubatan untuk ibu bapa memahami kepentingan vaksin kepada anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, seperti di Amerika Syarikat, ribuan pelajar sekolah awam tidak dibenarkan ke sekolah jika tidak mengambil suntikan vaksin.
Larangan itu termaktub dibawah undang-undang baharu yang berkuatkuasa dua bulan lalu. Menjelang beberapa minggu lagi sebelum sesi persekolahan dibuka, pihak sekolah di Washington sedang mengemas kini kertas kerja dan menghantar peringatan akhir kepada keluarga ibu bapa dan penjaga.

Pelajar yang tidak mendapat suntikan vaksin campak-beguk-rubella menjelang pertengahan Oktober, akan menerima surat ‘pra-pengecualian’ dan keluarga diberi tempoh selama 30 hari untuk mendapatkan vaksin.
Pelajar hanya akan dikecualikan dengan alasan faktor agama atau perubatan. Alasan peribadi atau falsafah untuk tidak memberikan anak mereka suntikan vaksin adalah tidak diterima. Tahun ini, Jabatan Kesihatan Washington mencatatkan 86 kes campak, jumlah tertinggi dicatatkan di negeri ini sejak 1990.
Beberapa minggu lalu, negara Filipina turut kecoh apabila saintis mengumumkan kewujudan kembali wabak polio di negara tersebut setelah sekian lama wabak tersebut dibasmi dua dekad lalu. Ia berpunca golongan ibu bapa yang tidak mahu memberikan vaksin kepada anak mereka.
Sumber: Bernama
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/