
RFID Buat Hal Lagi Ke? Ramai Netizen Rasa Tidak Yakin Dan Luah Kerisauan
Saban hari, semakin banyak pula rungutan yang didengar dari orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keberkesanan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
Meskipun masih ramai juga yang menggunakannya tanpa sebarang masalah sejak ianya dilancarkan pada 2019, namun tinjauan di plaza-plaza tol seluruh negara mendapati masih kerap lagi berlaku kesesakan di lorong-lorong MyRFID ini.
Benarkah RFID yang selalu buat hal? Atau sikap pengguna RFID itu sendiri sebenarnya yang menjadi punca kesesakan?
Berikut merupakan perkongsian yang dibuat oleh Dr Mohd Izhar Ariff di Facebooknya mengenai isu RFID yang setakat ini mendapat lebih 11K tanda suka dan diulang kongsi lebih 1.1K kali!
Turut disertakan sebahagian dari 3.7K komen menarik yang dibuat oleh netizen yang turut tidak yakin dan risau dengan sistem RFID ini.
“MyRFID .. MyRFID .. MyRFID…😅😅 Bukan makin melancarkan tetapi semakin sesak sampai 2km…😂😂😂😂 Tahniah MyRFID kerana sentiasa di hati Rakyat Malaysia😁” – Dr Mohd Izhar Ariff
——
Komen netizen:
“Saya pengguna RFID, buat auto reload, balance below RM20 selalu topup RM50. Tapi dah 3x terkena bila balance e-wallet ada lebih darr RM45, tapi tol tak angkat sebab baki tak cukup. Walhal baki ada dan melebihi harga caj tol RM30++. Terpaksa tunggu operator tol bukak palang manual dan itu hanya membazir masa. Orang yang beratur di belakang lagi la sakit hati.” – Muhammad Aiman Hakim Azmin
“Tambah laluan RFID… Ni kebanyakan cuma 1 lorong, user semakin ramai… Sorang bermasalah, habis lain kena sidai…” – Muhammad Ashri
“Alhamdulillah saya ada ketiga-tiganya Touch ‘n Go, SmartTAG (yang dibeli tahun 2004 walaupun diikat getah, masih berfungsi dengan baik 😅) dan RFID… Kalau dari jauh dah nampak lorong RFID masalah, terus tukar ke lorong SmartTAG… Pilihan semuanya di tangan kita sendiri ❤️” – Izza Muslina
“Tolong la tambah RFID di exit Subang. Terutama sebelah kiri sebab hanya 1 saja. Hari-hari macam perang nak masuk tol lane RFID. Touch ‘n Go tu kosong je.” – Hilwana Ahmad Shaari
“Selama pakai RFID hari-hari dari start pilot project sampai hari ni baru sangkut sekali kat tol sebab sensor tol rosak. Yang lain-lain sangkut kes baki tak cukup. Rasanya bagus dah RFID ni. Cuma tambah baik bagi lagi jauh dia detect dan boleh topup baki on the spot” – Mohammad Yusup Daud
“User RFID pun kadang-kadang jenis tak faham. Dah nama Reverse Forward Identification Detection. Kalau tak detect tu undur dulu. Maju perlahan-lahan. Bukannya duk diam tunggu staff tol datang.. Staff tol datang dia suruh benda sama juga.. Banyak kali dah saya perati..” – محمد شاهيدان
“Nama pun RFID. Reverse. Forward. InsyaAllah. Detect” – Abu Insyirah
“Reverse Forward I Dibuatnya😂 RFID” – Nur Hafiza Omar
BACA: Gerenti Dapat ‘Detect’, Ini Cara Tampal Pelekat RFID Yang Paling ‘Win’ Setakat Ini
Sumber: Dr Mohd Izhar Ariff