Rezeki ‘Petai Parker’ Makin Laris Sejak Jual Petai Dalam Sut Spiderman 5

Rezeki ‘Petai Parker’ Makin Laris Sejak Pakai Sut Spiderman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rezeki ‘Petai Parker’ makin laris sejak pakai sut Spiderman.

Dalam berniaga perlu ada kreativiti bagi menarik pelanggan untuk membeli kerana semakin hari persaingan dalam dunia perniagaan semakin sengit.

BACA: Sehari Pernah Dapat RM3, Kisah Pak Cik Jual Cendol Dalam Keadaan Kaki Patah Runtun Hati Netizen

Seperti yang tular di media sosial, seorang pemuda, T Selvakumar, 22 tahun sanggup menyarung sut adiwira Spiderman biarpun dalam keadaan cuaca panas terik bagi menarik orang ramai untuk bergambar seterusnya membeli petai yang dijual beliau.

Sudah mula berniaga sejak dua bulan lalu, kelibat beliau menjual petai dalam sut Spiderman mula mencuri tumpuan semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Slim pada 29 Ogos lalu.

Rezeki ‘Petai Parker’ Makin Laris Sejak Jual Petai Dalam Sut Spiderman 1
Sumber: Sinar Harian

Aktif berniaga di kawasan Kuala Kubu Bharu, Rawang, Batang Kali dan Muallim, Selvakumar memberitahu perniagaan tersebut diteruskan daripada mendiang datuknya bagi menyara neneknya, T Ambega, 64 tahun yang kini berada di bawah jagaannya.

Beliau yang masih bergelar penuntut jurusan perniagaan antaraangsa di sebuah kolej swasta memberitahu sebab utama beliau berniaga adalah untuk mencari pendapatan sampingan bagi menyara kehidupannya bersama nenek.

https://www.facebook.com/mediapatners/posts/947132352420803

Menurut Selvakumar di Sinar Harian, jualan pada awalnya agak kurang memberangsangkan namun selepas menjadi ‘Petai Parker’, jualan semakin laris ditambah pula dengan penularan gambarnya di laman media sosial.

Petai yang didapati daripada orang asli Kampung Ulu Slim dijual dengan harga RM10 setangkai diambil setiap hari bagi memastikan petai yang dijual segar membolehkan beliau menjana pendapatan setinggi RM300 sehari.

“Setiap hari saya akan dapatkan petai daripada orang asli Kampung Ulu Slim untuk pastikan ia dijual segar kepada pelanggan. Setangkai jual RM10 dan setiap hari paling tinggi saya peroleh dalam RM300 tetapi ada kala tidak jual langsung.”

Tidak pernah malu melakukan pekerjaan tersebut, Selvakumar selesa dengan pekerjaannya sekarang kerana fleksibel tanpa sebarang tekanan selain daripada memudahkan beliau mengikuti kelas secara dalam talian dan sentiasa dekat dengan neneknya.

Rezeki ‘Petai Parker’ Makin Laris Sejak Jual Petai Dalam Sut Spiderman 3
Kredit: Twitter

Bercita-cita mahu menjadi polis, Selvakumar memberitahu biarpun ada yang bergurau kasar selepas melihat kreativiti berniaga beliau, ianya tetap tidak beliau simpan di dalam hati.