
‘Resting Bitch Face’ Gelaran Untuk Individu Miliki Riak Muka Sombong
“Eh kau ini muka sahaja sombong. Tapi sebenarnya ramah gila.”
Inilah antara dialog yang selalu didengari oleh mereka yang mempunyai riak serius sekiranya tidak tersenyum. Ah, takkan pula nak senyum 24 jam tak berhenti? Ingat kita ini robot yang tak kenal erti penat? Robot pun kalau ‘penat’ mati jugalah.
Resting Bitch Face atau dikenali juga sebagai RBF adalah salah satu ekspresi muka tanpa disengajakan terlihat seperti seseorang itu berada dalam keadaan marah, geram, jengkel, terutamanya ketika beliau berada dalam keadaan tenang, rehat atau pun tidak mempamerkan apa-apa reaksi.
Konsep ini telah dikaji oleh pakar psikologi dan ianya didapati berkemungkinan mempunyai implikasi yang berkait dengan facial biases, stereotaip jantina, perlakuan penghakiman manusia dan pembuatan keputusan.
Ianya turut dikaji oleh saintis dengan sistem teknologi maklumat yang menggunakan jenis sistem pengenalan muka dan mendapati bahawa fenomena ini ialah nyata dan bukan hanya berlaku kepada wanita sahaja seperti konsep yang dinamakan.
Pada tahun 2016, fenomena ini dikaji menggunakan perisian yang mengenal pasti emosi mikro dan mendapati bahawa individu yang mempunyai riak RBF menunjukkan emosi paling stabil dan neutral berbanding riak muka individu lain.
Menurut Washington Post, kajian menggunakan perisian ini telah dilakukan kepada beberapa artis Hollywood terkenal dengan riak RBF seperti Kristan Stewart, Emma Watson dan Kanye West.
Pada tahun 2013, penulis The New York Times, Grant Barrett menyimpulkan bahawa frasa ini bermula ‘sekurangnya 10 tahun sebelum’. Kumpulan komedi, Broken People turut memuat naik parodi pengumuman perkhidmatan awam dengan video bertajuk ‘Resting Bitch Face’ di laman web Funny or Die yang mana kelompok ini minta mereka difahami oleh kelompok yang tidak menderita RBF.
Buat pengetahuan anda, satu laman web telah diwujudkan demi melihat sejauh mana skala RBF yang anda miliki. Untuk lakukan ujian bolehlah klik di SINI.
Selepas itu bolehlah kongsikan bersama kami berapa skala Resting Bitch Face anda di ruangan komen. Jika anda mahu hilangkan ekspresi RBF ini, bolehlah lihat pautan video di bawah: