
Respeklah! Cara Khairulaming Tangani Isu ‘Panas’ Dikagumi Netizen
Personaliti media sosial terkemuka, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan Khairulaming turut tidak terlepas dari dilanda kontroversi yang ditimbulkan oleh netizen.
Meskipun dikecam, Khairulaming masih tenang dan bersikap profesional dalam menangani komen-komen netizen yang menghentam pihak pengurusannya.
Seorang netizen, Amir Zain dari Abraham & Sorrels Furniture walau bagaimanapun melihat situasi menakjubkan ini sebagai sesuatu yang sangat menarik dan wajar dicontohi oleh setiap usahawan tempatan yang kini dilihat rata-ratanya lebih gemar membuat konten sampah dan publisiti murahan.
Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Amir Zain di Facebooknya yang menunjukkan dengan jelas betapa berbezanya cara pemikiran dan tingkah laku orang yang berpendidikan tinggi seperti Khairulaming.
Melihat cara Khairulaming tangani isu PA dia meyakinkan lagi betapa pendidikan itu amatlah penting dalam kehidupan ini. Isu panas dia boleh defuse dengan beberapa tweet sahaja. Netizen nak hentam lebih-lebih pun tak boleh dah.
Khairulaming ajar kita:
- Permohonan maaf itu bukanlah perkataan yang sukar diungkapkan. Permohonan maaf dia adalah secara peribadi lagi. Dia boleh je siasat dulu PA dia baru pohon maaf (jika ada kesalahan) tapi perkataan pertama dia “maaf” kemudian baru rectify.
- Take charge. Ini kualiti leadership yang power gila. Terus ambil alih kerja PA dia dan uruskan sendiri tanpa menuding jari kepada sesiapa.
- Tutup aib. Perasan tak dia tak hentam PA dia yang juga kawan baik dia yang buat t*** tu. Ini tweet dia. “Ramai juga yang nasihat untuk asingkan persahabatan dengan bisnes dan saya setuju benda ini yang paling sukar buat saya sebab saya bermula dari bawah dengan kawan-kawan”. Member buat p**** tapi masih hargai kawan.
- Nilai keikhlasan dan rendah diri. Tulisnya “Saya belajar banyak hari ini dan akan cuba perbaiki lagi lain kali”. Ini laras bahasa orang yang buat jualan RM14 juta ok.
- Padamkan amarah netizen dengan ada solid action. Dia bukan berjanji apa penambahbaikkan AKAN dilakukan tapi dia terus buat. Tweet dia “Saya telah memadamkan semua contact pengurus daripada media sosial”. Netizen yang tak ada kaitan pun puas hati.
- Fokus dan buat ikut kemampuan. Dalam perjalanan setiap usahawan, selalu kita tersasar tujuan asal kita bermula. Kesilapan yang boleh jadi fatal kalau tak diperbetulkan. Kata Khairulaming dia akan berhenti buat video untuk pelanggan dan focus video masak sendiri sahaja.
Pendidikan itu membentuk cara pemikiran kita tuan puan.
Abraham & Sorrels Furniture bringing happiness to your living room ♦️
BACA: ‘Semua Orang Enjoy Buat Video Masak Sampailah…’ – Khairul Aming Kecewa Sikap Batu Api Netizen
Sumber: Amir Zain
Trending now



