Replika Buku DBP 13

Replika Buku Bangunan DBP Dirobohkan Bukan Isu Politik Tapi Keselamatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Zaman sekarang semuanya mudah. Hanya dengan menggunakan telefon pintar, banyak aktiviti boleh diselesaikan segera. Transaksi tanpa tunai atau nirtunai merupakan aplikasi yang semakin popular, iaitu pengguna melakukan pembayaran menggunakan aplikasi-aplikasi yang dimuat turun ke dalam telefon pintar.

Petronas yang tidak mahu ketinggalan dalam trend masa kini turut memperkenalkan ‘Setel’, satu aplikasi yang memudahkan pengguna untuk membeli petrol di stesen minyak Petronas tanpa perlu ke kaunter. Aplikasi yang masih dalam tempoh ujian ini hanya ditawarkan buat pengguna Android sahaja.

Sebelum memilih nombor pam dan amaun, pengguna perlulah memautkan kad kredit atau debit serta kad Mesra ke dalam aplikasi sebelum memulakan pembelian. Resit dan sejarah pembelian juga boleh dikesan menerusi aplikasi ini.

Setel Guna Telefon Beli Petrol

Setel Guna Telefon Beli Petrol

Buat tempoh masa ujian, ‘Setel’ hanya boleh digunakan di stesen minyak yang terpilih antaranya Petronas Jalan Kolam Air Lama, Petronas Sri Hartamas, Petronas Penchala Link dan Petronas TTDI.

Setel Guna Telefon Beli Petrol

Namun timbul satu tanda tanya mengenai perkara ini. Bukankah penggunaan telefon bimbit semasa di kawasan stesen minyak adalah dilarang? Aplikasi ini memang memudahkan, tetapi sejauh mana keselamatan pengguna terjamin sedangkan sudah banyak kes kebakaran yang melibatkan telefon bimbit terjadi di kawasan stesen minyak?

Sumber: Amanz