
‘Re:Mind’ Siri Thriller Psikologi Jepun Penuh Debaran
Re:Mind merupakan sebuah siri bergenre thriller psikologi dari Jepun yang sudah ditayangkan pada Oktober 2017.
BACA: ‘Homunculus’, Filem Thriller Jepun Yang Diadaptasi Daripada Manga
Biarpun sudah tiga tahun berlalu, siri filem ini tetap menjadi pilihan penonton yang gemarkan genre sedemikian.
Dihasilkan oleh Akira Uchikata, Yusuke Ishida dan Yusuke Koroyasu, siri ini mengisahkan mengenai sekumpulan pelajar sekolah menengah yang tiba-tiba terjaga dan berada di kawasan meja makan dengan kaki yang diikat.
Diselubungi ketakutan, kesemua daripada berusaha melepaskan diri daripada situasi berkenaan membawa kepada pembongkoran mengapa kesemuanya berada dalam situasi tersebut.
Penuh dengan debaran, apa kata anda tonton dahulu trailer thriller psikologi Jepun Re:Mind di pautan bawah.
Selain daripada siri ini, anda juga boleh tonton satu filem fantasi thriller Jepun, Homunculus yang dihasilkan berdasarkan sebuah manga dengan tajuk yang sama yang trending di Netflix.
Mengisahkan mengenai Nokoshi Susumu yang sebelum ini bergelar pekerja syarikat kewangan terkemuka namun terpaksa menganggur dan tinggal di dalam kereta.
Satu hari, Susumu bertemu dengan Ito Manabu, seorang pelajar perubatan yang menawarkan beliau sejumlah wang sebagai tukaran kepada tawaran menjadi bahan eksperimen dalam prosedur pembedahan haram yang dikenali sebagai trepanation.
Prosedur ini memerlukan tengkorak digerudi dalam usaha untuk meningkatkan fungsi otak sehingga mampu mengeluarkan deria keenam mereka.