Remaja Istimewa Ini Jana Pendapatan Lumayan Dengan Muat Naik Video Animasi Di YouTube

Sumber: BH

Hanya belajar daripada platform YouTube, remaja istimewa ini mampu menghasilkan video animasi seterusnya menjana pendapatan lumayan.

Mohd Affendy, 16 tahun merupakan penghidap autisme kini mampu menjana pendapatan sendiri daripada video yang dimuat naik di saluran YouTubenya, CyanAnimate kini sudah ditonton sebanyak 21.4 juta.

Tahniah Adik..dah dapat gaji dah.Rezeki anak istimewaku…Adik dah dapat gaji pertama sebagai youtuber daripada …

Posted by Nurain Abdullah on Thursday, July 23, 2020

Mula menyertai komuniti YouTuber pada 13 Januari 2019, kandungan yang dimuat naik bukan sahaja mempunyai elemen humor dan komedi, tetapi juga meme yang bertujuan untuk menghiburkan.

BACA: Nenek 90 Tahun Terima Pengktirafan Guinness World Records Sebagai ‘Youtuber Gamer’ Tertua Di Dunia

Merupakan salah seorang peminat watak Caillou dalam kartun Goanimate, video-video yang diuat naik banyak menampilkan watak tersebut sebagai ‘pelakon utama’.

Aktif menghasilkan video sejak 2018, bakat Mohd Affendy hanya disedari ibunya, Nuraini Abdullah, 44 tahun pada November tahun lalu selepas adik bongsunya (mak cik saudara Mohd Affendy) melihat saluran YouTube anaknya.

“Kami tahu dia (Mohd Affendy) ada akaun YouTube yang pertama pada tahun 2018 tetapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal menyebabkan akaun itu tidak lagi aktif.

Akaun yang baharu ini tidak pasti bila dia buat tetapi dia memang sentiasa berada di depan komputer selepas balik dari sekolah.”

Daripada YouTube juga, Mohd Affendy belajar sehingga fasih menggunakan bahasa Inggeris meskipun bahasa pertuturan di rumah sehari-harian adalah bahasa Melayu.

Biarpun tidak pernah mengikuti mana-mana kursus dan hanya belajar dari YouTube, reka bentuk animasi yang dihasilkan tampak kemas sehingga ada di antara video-video pelajar SMK Pendidikan Khas, Kolombongan, Inanam ini berjaya mencapai dua juta tontotan.

Hanya Belajar Daripada YouTube, Remaja Istimewa Jana Pendapatan Lumayan Hasil Video Animasi
Sumber: Nurain Abdullah

Dalam tempoh masa sehari, Mohd Affendy mampu menghasilkan sehingga tiga video yang mana satu video hanya mengambil masa selama 30 minit untuk dihasilkan. Namun menurut ayahnya, Wahid Mohd Sejili, 46 tahun, ia bagaimanapun bergantung kepada mood.

Sumber: Sinar Harian