Remaja Amerika Syarikat Manfaat Dua Minggu Waktu Kuarantin Kuasai Bahasa Melayu

Remaja Amerika Syarikat Manfaat Dua Minggu Waktu Kuarantin Kuasai Bahasa Melayu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hanya dua minggu diperlukan untuk remaja Amerika Syarikat ini menguasai Bahasa Melayu.

Dalam pada dunia sedang berdepan dengan krisis kesihatan pandemik COVID-19, maka banyak daripada negara dunia melaksanakan perintah kawalan pergerakan mahu pun perintah berkurung bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Bagi mengisi masa semasa perintah ini dilaksanakan, ramai daripada kita mencuba pelbagai perkara-perkara baharu dan menjalankan hobi serta minat masing-masing.

Jika remaja lain sibuk mengisi masa lapang mereka dengan menari di aplikasi TikTok dan permainan video, seorang remaja Amerika Syarikat telah memanfaatkan dua minggu daripada masa kuarantin dengan mempelajari bahasa asing iaitu Bahasa Melayu.

Remaja Amerika Syarikat Manfaat Dua Minggu Waktu Kuarantin Kuasai Bahasa Melayu 1
Sumber: TJ

Trent Josiah Huizar, 16 tahun yang berasal dari Phoenix, Arizona telah mempelajari bahasa kebangsaan di Malaysia ini hanya menerusi saluran YouTube, The Planet Language.

Berhasrat mahu melawati Malaysia pada masa akan datang dan tinggal di sana selama sebulan bagi menggunakan apa yang dipelajari, beliau yang lebih dikenali sbagai TJ sebenarnya boleh bertutur 14 bahasa lain antaranya Sepanyol, Portugis, Parsi, Poland, Mandarin dan Rusia.

Bagi mencapai sasarannya iaitu mempelajari lebih kurang 1,000 patah perkataan dalam masa dua minggu, TJ menghabiskan masa lapan jam sehari untuk mempelajari 150 perkataan sehari. Memberitahu Bahasa Melayu tidaklah begitu sukar untuk dipelajari kerana tidak mempunyai hujung kata kerja atau konjugasi yang sering terdapat dalam bahasa Eropah, TJ akhirnya dapat bertutur dengan lancar hanya dengan dua minggu belajar dan sangat menggemari perkataan ‘bersungguh-sungguh’.

Tidak hanya mempelajari bahasa, TJ juga menghabiskan masa untuk mengenali budaya rakyat Malaysia dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan di Instagram menggunakan Bahasa Melayu.

Tonton perjalanan pembelajaran TJ di pautan bawah: