
Remaja 19 Tahun Ahli Gusti Pro Berhijab Pertama Di Malaysia
Bertubuh kecil dan berhijab tidak menjadi halangan untuk beliau memegang gelaran pro wrestler atau ahli gusti pro di Malaysia. Nor Diyana atau turut dikenali sebagai Phoenix mula menceburi bidang ini sejak berumur 14 tahun.
Minat yang timbul daripada permainan video bersama adiknya membawa beliau kepada rancangan gusti di TV. Pada umur 15 tahun, beliau menonton (untuk pertama kalinya) siaran langsung WWE di Kuala Lumpur dan mula mencari berkenaan sukan gusti.
Daripada situlah beliau tahu mengenai Persatuan Gusti Malaysia (MYPW) dan terus menyertai mereka untuk mencapai impiannya bergelar ahli gusti pro.
Beliau yang terkenal dengan pergerakan tilt-the-whirl headscissor takedown cutter dahulunya bertanding dengan memakai topeng Pheonix. Beliau kemudiannya menanggalkan topengnya tahun lepas semasa bertanding di MYPW Wrestlenation.
Walaupun berhijab dan berjantina perempuan, ianya tidak bermakna Nor Diana menerima layanan yang istimewa. Tetap melakukan latihan bersama ahli kelab lelaki yang lain.
Dilatih oleh Ayez Shaukat Fonseka yang dikenali sebagai bintang gusti di Malaysia, imej Phoenix diberikan oleh Ayez selepas Nor Diana dipilih sebagai pengganti di sebuah acara walaupun baru dua bulan menjalani latihan pada ketika itu.
Berada dalam gelanggang membuatkan Nor Diana berjaya ‘mengeluarkan’ sisi lainnya untuk ditunjukkan. Akui menerima respon positif dan terkejut daripada keluarga dan rakan seperjuangannya, Nor Diana mempunyai personaliti yang ‘senyap’.
Jika anda ada minat yang sama seperti Nor Diana, bolehlah lawati laman Facebook dan Instagram Persatuan Gusti Malaysia untuk maklumat lanjut. Untuk ketahui lebih tentang Nor Diana, bolehlah lawati Facebook Page beliau di sini.
Sumber: The Sun Daily