Israel Musnahkan Klinik Palestin COVID-19

Rejim Israel Musnahkan Klinik Khas Pesakit COVID-19 Palestin

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rejim Israel bertindak biadap apabila memusnahkan sebuah klinik khas bagi pesakit COVID-19 yang sedang dalam pembinaan di Tebing Barat.

Tidak cukup setakat itu, penceroboh haram Yahudi turut merampas bahan binaan yang bertujuan bagi mendirikan sebuah klinik khas untuk pesakit COVID-19 yang terdiri daripada rakyat Palestin di kawasan terbabit.

Menurut laporan Palestine Chronicle, pegawai dari Pentadbiran Awam Israel datang ke kampung Khirbet Ibziq bersama pengiring tentera, jentolak dan dua trak yang dilengkapi dengan kren pada pagi Khamis untuk merobohkan klinik komuniti dan perumahan kecemasan tersebut, lapor pemantau hak asasi manusia Israel Bt’selem.

Kumpulan itu melaporkan bahawa pegawai Israel merampas tiang dan pelapis yang ditetapkan untuk membentuk lapan khemah, dua untuk sebuah klinik medan, dua untuk sebuah masjid, dan empat untuk perumahan kecemasan kepada orang yang dipindahkan dari rumah mereka.

Penjana kuasa, serta bekalan pasir, simen dan cinder block yang digunakan untuk lantai khemah turut dirampas.

Bt’selem berkata penduduk kampung sedang membangunkan inisiatif masyarakat pertolongan cemas untuk menangani krisis COVID-19 yang telah melumpuhkan sebahagian besar kawasan selatan Tebing Barat. Terdapat 109 kes yang disahkan setakat ini di wilayah Palestin, dengan satu kematian dilaporkan pada hari Rabu.

Lembah Jordan meliputi kawasan sekitar 1.6 juta dunam (1,600 kilometer persegi) dan merupakan sekitar 30 peratus daripada jumlah Tebing Barat yang diduduki.

Israel Musnahkan Klinik Palestin COVID-19

Menurut laporan kerajaan terdahulu, Lembah Jordan merangkumi kira-kira 280,000 dunam tanah pertanian, 50,000 daripadanya masih digunakan oleh rakyat Palestin dan 27,000 oleh peneroka Yahudi yang menyalahi undang-undang.

Sebahagian besar Lembah Jordan berada di bawah kawalan tentera Israel, walaupun berada di dalam Tebing Barat. Sementara itu, sekurang-kurangnya 44 peratus daripada jumlah tanah di Lembah itu telah diperuntukkan semula oleh tentera Israel untuk tujuan ketenteraan dan latihan.

Pada September lalu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggunakan pentas ucapan di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2019), di New York dengan memberi amaran kepada Israel supaya tidak meneruskan hasrat merampas Lembah Jordan di wilayah tebing barat yang ditakluki rejim zionis.

Tindakan Israel itu turut diselar Menteri Luar Sweden, Ann Linde kerana keputusan itu bercanggah undang-undang antarabangsa.

Sumber: Palestine Chronicle