Reezal Merican Tak Layak Bergelar Menteri Belia Dan Sukan?

Sejak daripada pengumuman senarai jemaah menteri yang bakal menerajui Kabinet Persekutuan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada desas desus kurang enak mengkritik pemilihan beberapa menteri di kementerian.

BACA: Senarai Lengkap Jemaah Menteri Kabinet Baharu 2020

Antara yang paling terkena tempias adalah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang diterajui oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan dibantu oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai timbalan.

Sudah berusia 47 tahun, pelantikan Reezal Merican dipertikaikan kerana tidak cukup ‘belia’ oleh sesetengah netizen.

Reezal Merican Dipertikai Sebagai Menteri Belia dan Sukan 6
Sumber: Twitter

Tapi apa salahnya jika ‘golongan berusia’ menerajui kepimpinan di KBS? Adakah KBS hanya lajak diterajui oleh mereka yang bergelar belia seperti mantan sebelum ini iaitu Syed Saddiq?

Umur tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita mempertikaikan keputusan Muhyiddin yang melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, sebaliknya lihat pada pengalaman yang beliau ada hasil daripada kepimpinannya sebelum ini.

Reezal Merican Dipertikai Sebagai Menteri Belia dan Sukan 5
Sumber: Bernama

Jika benar mahu belia menerajui KBS, itulah peranan yang perlu dipegang oleh Wan Ahmad Fayhsal sebagai Timbalan Menteri KBS.

Reezal Merican Dipertikai Sebagai Menteri Belia dan Sukan 1

Jika dilihat pada sejarah Menteri KBS sebelum ini, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sendiri memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam tempoh beliau memerintah ketika berusia 61 tahun dalam tempoh masa 1964 hingga 1966.

Selepas kembali dari Cambridge pada akhir 1930-an beliau menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah dan pada 1949 sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor.

Malah sepanjang memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, beliau memperkenalkan pertandingan untuk mereka yang berusia bawah 18 tahun seperti Piala FAM dan Piala Rahman.

Reezal Merican Dipertikai Sebagai Menteri Belia dan Sukan 4

Hanya berbekalkan semangat kesukanan dan pengetahuan yang beliau ada, bidang kesukanan Malaysia berjaya dibangunkan dengan jayanya.

Kalau merasakan dengan menjadi belia boleh menaikkan sukan negara, lihat sahajalah apa yang berlaku dalam arena sukan negara semasa KBS dipegang oleh Syed Saddiq, menteri paling muda memegang jawatan ketika berusia 26 tahun.

Pelantikan Reezal sebagai Menteri KBS sendiri disambut baik oleh Ketua Pegarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi serta Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang percaya beliau dapat menaikkan sukan negara ke persada antarabangsa dengan tahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Jika menolak hanya kerana beliau bukan ‘belia’; atas alasan tidak akan memahami dan ‘mendengar’ belia, maka kembalilah pada fungsi mengapa KBS ini diwujudkan.