
Rayu Mohon Bantuan, Kanak-Kanak Sekolah Ini Terpaksa Bersesak Dalam Bot Kecil Tanpa Jaket Keselamatan
Oleh kerana tiada bantuan dan pilihan lain, kanak-kanak ini sanggup menggadai nyawa semata-mata untuk menuntut ilmu di sekolah walaupun terpaksa menaiki bot kecil tanpa jaket keselamatan.
Keadaan mereka yang terpaksa berhimpit-himpit dalam ruang sempit bot kecil yang melebihi kapasiti ini merupakan rutin harian mereka untuk ke sekolah.
Lebih menyedihkan, walaupun lebih setahun mengharapkan bantuan, masih belum ada mana-mana pihak yang tampil untuk mengubah nasib malang mereka.
Demikian yang disampaikan oleh seorang pengguna Facebook, A Korn Korn melalui satu hantaran yang dibuat baru-baru ini.

“Kepada pihak yang berwajib, kami tiada pilihan lain terpaksa kasi viral kes ini kerana sudah setahun lebih tiada tindakan.
Tolonglah mana-mana pihak kerajaan & NGO bantu beri BOT LEBIH BESAR dan JAKET KESELAMATAN.
Jangan sampai nasi sudah jadi bubur.”
Dalam ruangan komen, menurut beliau situasi tersebut berlaku di Kg. Pituru Timbang Taun, Pitas, N2 Bengkoka, Parlimen 167, Kudat, Sabah.
Murid-murid sekolah yang menaiki bot berkenaan pula adalah dari Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas yang terletak di Jalan Mengkubou Darat, Jalan Mangkapon, 89108 Kota Marudu, Sabah.
Rata-rata netizen yang sempat meninggalkan komen didapati terkejut dan amat bersimpati dengan nasib kanak-kanak malang tersebut.
“Takkan nak sampai karam baru nak ambi tindakan? Aduh.” – Al Hafiz Muhammad Syahir
“Kesiannya. Selalunya bila dah nyawa melayang barulah kelam kabut pihak berwajib ambil tindakan. Kalau boleh masa tu sungai pun nak ditambak buat jalan, dasar sungai digali buat terowong bawah air lah. Teruskan adik-adik berjuang untuk mencari ilmu. Semoga semua diberi kesihatan yang baik dan di lindungi Yang Maha Esa.” – Asrie Ahmad
“Tabik atas semangat dan motivasi anak-anak ini untuk ke sekolah bahkan mungkin lebih tinggi daripada motivasi aku untuk ke sekolah dulu. Semoga yang berkuasa terjaga dari lena dan berikan buah fikiran dan tindakan terbaik dalam memastikan keselamatan mereka ni”. – Amir Zafran Ahmad Asri
BACA: Maszlee Malik Kecewa Seramai 21,316 Murid Berhenti Sekolah Ketika Pandemik
Sumber: A Korn Korn