Rayhan Kabir Dalam Dokumentari Kontroversi Al Jazeera Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Rayhan Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
Sumber: mStar

Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ terbitan Al Jazeera.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Katanya, Rayhan tidak berniat untuk menyakiti perasaan rakyat Malaysia.

“Kami sudah berjumpa dengan Md Rayhan Kabir dan dia meminta kami menyampaikan permohonan maaf jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.

“Dia tidak berniat menyatakan apa-apa untuk menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.

Selva berkata, anak guamnya menyatakan bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan apa yang dilihat iaitu ketika melihat rakannya ditahan dengan tangan bergari dan diarahkan untuk masuk ke dalam lori penguatkuasa Jabatan Imigresen.

“Beliau tidak dapat menerima apa yang dilihatnya itu dan itu merupakan pandangan peribadi beliau namun beliau tidak berniat untuk menuduh pihak berkuasa,” kata Sumitha Shaanthinni dan C Selvaraja.

Selvaraja dan Sumitha berkata, setakat ini Rayhan memberitahu dia menerima layanan yang baik dalam tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Tambah Selvaraja dan Sumintha lagi Rayhan menyatakan hasrat ingin pulang secepat mungkin untuk bersama keluarganya.

Sumitha berkata, Md Rayhan juga disoal siasat oleh pegawai polis Bukit Aman dan sudah memberikan 112 kenyataan berhubung pembabitannya dalam video berkenaan.

Rayhan ditahan sepasukan pegawai dari Unit Risikan Operasi JIM Putrajaya di Setapak pada Jumaat lalu selepas mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam mengendali kes COVID-19 membabitkan warga asing yang disiarkan dalam video dokumentari Al Jazeera.

Keluarga Lantik Peguam, Rayhan Kabir Percaya Semua Pendatang Dan Bangladesh Bersama ‘Perjuangannya’ 3

Rentetan kritikannya itu, Rayhan akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.

Buat masa ini, peguam tersebut masih belum menerima tarikh pengusiran Md Rayhan dan akan terus berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk perkembangan kes itu.

BACA: Keluarga Lantik Peguam, Rayhan Kabir Percaya Semua Pendatang Dan Bangladesh Bersama ‘Perjuangannya’

Sumber: SH