
Raya Dalam PKPB, Zamani Pujuk Hati Peminat Dengan Buah Tangan Terbaharu ‘Syawal Ini’
Sambutan Aidilfitri untuk tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini kerana seluruh penduduk Muslim akan beraya bersama wabak COVID-19 termasuklah rakyat Malaysia yang akan menyambut raya dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Selepas beberapa kali menunda tarikh rakaman dan penerbitan bahan-bahan promosi disebabkan arahan PKP, akhirnya penyanyi lagenda Zamani dengan kerjasama keluarga KRU Music mengumumkan pengeluaran single terbaharunya yang bertajuk Syawal Ini.

Sesuai dengan keadaan rakyat Malaysia yang akan raya dalam PKPB, lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini menyuarakan rasa keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal meskipun mengharungi pelbagai cabaran termasuklah merindui ibu bapa yang sudah pergi menghadap Yang Maha Esa.
BACA: ‘Lima Aksara’ Buah Tangan Dua Penyanyi Legenda
“Pihak kami amat berbesar hati diatas kesudian Zamani menjalinkan kerjasama dengan pihak kami sekali lagi. Walaupun KRU sendiri pernah menulis dua buah lagu untuk kumpulan Slam pada tahun 90-an, keakraban saya dan Zamani mula lebih erat sejak penganjuran konsert solo Zamani di KL Jamm pada tahun lalu.
Saya melihat sokongan peminat setia Zamani begitu menyerlah ketika konsert tersebut dan dalam menyusunkan strategi kami mempelbagaikan genre muzik KRU, terhasillah lagu Syawal Ini. Semoga lagu ini turut menjadi lagu Raya klasik untuk generasi kini dan yang akan datang.”
– Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Dato’ Norman Abdul Halim
Sudah mula dijual di iTunes dan diedarkan di semua platform digital lain mulai 19 Mei, dengarkan lagu Syawal Ini di pautan bawah:
Layari sesawang www.krumusic.com atau ikuti perkembangan aktiviti pemasaran Zamani melalui Instagram dan Facebook atau Zime Production serta Youtube, Instagram, Facebook KRU Music.
Anda juga boleh dengarkan lagu Syawal Ini di aplikasi SoundCloud.
Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.
Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.
Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.