Sawan

Rawatan Kecemasan Sawan – Ini Apa Yang Orang Ramai Boleh Bantu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai di antara kita yang masih tidak pasti apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi kecemasan.

Perkara ini walaupun nampak remeh, sebenarnya masih berupaya untuk menghindari bahaya serta menyelamatkan nyawa.

Tidak kira walau berada di mana saja, amat penting bagi setiap orang untuk mengetahui sedikit perkara asas mengenai cara-cara untuk bertindak ketika berlaku situasi kecemasan.

Misalnya satu kejadian yang melibatkan seorang pesakit yang diserang sawan ketika solat sunat Aidiladha baru-baru ini yang berlaku secara tiba-tiba dan amat memerlukan bantuan jemaah lain.

Dr Yazeed Hair Johari telah membuat perkongsian ilmu berikut di Facebooknya bagi memberi sedikit panduan bagaimana cara untuk membantu pesakit sawan seperti ini sekiranya ianya berlaku lagi pada masa akan datang.

Diharapkan perkongsian dari Dr Yazeed ini dapat memberikan kesedaran dan dapat membantu mereka di saat-saat kecemasan.

Sawan

APA ORANG AWAM BOLEH TOLONG KALAU TERJUMPA PESAKIT YANG SEDANG SAWAN!!

Korang wajib baca dan wajib share. Biar semua orang tau ilmu ni!

Ok pagi ni aku tertengok satu video dekat TikTok tentang seorang pesakit yang diserang Sawan “Fit/Seizure“ masa tengah solat Aidiladha ..

Tujuan aku tulis ni untuk education purpose .. Bukan aku nak kecam orang sekeliling yang hanya menyaksikan pesakit yang sedang sawan tu ..

Masa pesakit tu tengah diserang sawan .. Dua orang makmum bersebelahan membatalkan solat , Kemudian mengangkat mangsa tadi ke hadapan .. Dan kemudian sambung solat semula ..

Aku tak salahkan dia .. Sebab tak semua orang tahu nak menangani pesakit yang kena sawan ni.

So tujuan aku tulis ni sebagai awareness kepada korang semua .. Supaya lepas ni korang tahu macam mana nak handle kalau terjumpa orang sedang sawan.

Apa itu Sawan? Atau nama lainnya Fit Atau Seizure/Epilepsi

Sawan ni kalau ikutkan maksud “Epilepsi“ perkataan Greek membawa maksud serangan.

Seizure/Fit/Epilepsi menjurus pada gangguan serangan elektrik yang tidak stabil dalam otak .

Ianya boleh terjadi sama ada ianya berlaku disebabkan ADA faktor RANGSANGAN atau TIDAK.

Epilepsi berlaku tanpa faktor ransangan. Boleh berlaku secara tiba-tiba disebabkan masalah dalaman otak yang disebabkan beberapa faktor organic dan genetik.

Fit/Seizure boleh berlaku disebabkan stroke, pendarahan otak, demam yang terlalu tinggi dan sebagainya.

So untuk pesakit ni aku tak pasti apa medical history dia tapi yang pasti .. boleh nampak stiffness dalam video.

Tonic Seizure – Kekejangan pada otot secara konsistent.

Kekejangan inilah yang membuatkan pesakit tu tadi rebah semasa berdiri solat .. Kemudian kedua tangannya tegak berdiri kejang.

Ia juga boleh diselangi dengan Clonic Seizure bila mana badan kita bergegar tanpa kawalan.

“Jerking movement“

Atonic pula bila mana “A Tonia“ A bermaksud Tiada .. Tonia bermaksud Pergerakan. “Tiada pergerakan”. Macam kakulah senang cerita.

Ianya boleh bercampur antara satu sama lain .

So aku takkan terangkan banyak pasal definisi ni dan klasifikasi kerana ianya terlalu kompleks dan panjang.

Apa yang aku nak tekankan dekat sini, apa orang awam boleh tolong kalau terjumpa pesakit sawan.

LANGKAH BANTU MANGSA SAWAN

2 Sawan

1 – JANGAN PANIK!

Ye aku tau, sebenarnya ramai antara kita yang akan panik sebab kita tak tahu nak buat apa. Itu yang buatkan kita panik . So bila dah tau macam mana nak handle, of course korang takkan panik. So rule nombor 1, jangan panik.

2 – JAUHKAN PESAKIT DARI TEMPAT YANG BAHAYA

Contohnya terjumpa pesakit yang sawan di tangga , atas jalan tar atau permukaan tak rata, di tepi kolam, tasik atau laut, berdekatan kawasan cerun, mana-mana kawasan yang boleh mencederakan pesakit, kita kena alihkan pesakit dulu ke kawasan yang lebih rata, lembut dan selamat. Contohnya jalan yang rata, atas padang, karpet dan sebagainya.

Sebab kita nak elakkan mereka mencederakan diri mereka bila terkena sawan jenis tonic clonic yang boleh menghentak tubuh mereka pada permukaan yang tak rata seperti tangga.

Jangan lawan dengan pesakit! Pesakit mungkin jerking atau stiffness. Biarkan! Jangan cuba lawan untuk letakkan tangan pesakit di lantai.

Biarkan proses sawan itu terjadi sendiri.

3 – CLEAR AIRWAYS!

JANGAN MASUKKAN TANGAN ATAU APA-APA barang ke dalam mulut mangsa. Ada yang kata masukkan sudulah, kainlah,  untuk elakkan gigi patah atau terkacip.

Tapi ini adalah emergency, gigi patah atau terkacip itu bukan goal of treatment. Tapi goal dia kita tak nak sekat laluan udara untuk oksigen.

Ada juga yang sanggup masukkan jari! Bahaya mat .. Boleh patah atau terputus!

Biarkan sahaja!

4 – LATERAL POSITIONING

Bermaksud letakkan pesakit dalam keadaan mengiring .. sideway. Tak kisahlah kiri atau kanan. Tapi mostly dalam emergency practice kita alihkan pada belah kiri untuk mengurangkan tekanan pada salur darah vena utama.

Tujuan pesakit diletakkan pada keadaan mengiring adalah untuk mengelakkan Aspiration. Iaitu tercekik. Nak elakkan dari tercekik air liur atau apa-apa makanan yang ada dalam mulut dari masuk ke paru-paru.

5 – LETAKKAN SESUATU YANG LEMBUT DIBAWAH TENGKUK PESAKIT. KENAPA?

Pertama untuk improve laluan udara dibahagian leher. Kalau laluan tu lebih lurus adalah lebih baik.

Kedua nak elakkan kecederaan pada kepala yang boleh terhentak di atas permukaan yang keras atau tidak rata.

6 – JANGAN BERKERUMUN

– Part ni memang feveret orang Malaysia, suka berkerumun bila nampak mangsa tepi jalan.

Give a room! Kena bagi ruang yang besar .. Pesakit perlukan ruang besar dan oksigen yang banyak.

Lagi satu kalau korang berkerumun ni tak membantu, menyusahkan orang lain buat kerja dan juga menghalang lalu lintas.

7 – REMOVE ACCESSORIES

Kalau pesakit ada pakai spek mata, rantai , topi , tudung , helmet  dan lain-lain lagi kena alihkan dari badan pesakitk

Operator yang handle kena appoint seseorang untuk jaga barang pesakit. Harap orang tu tak songlap lari lah 😂

8 – IMPROVE OXYGENATION

Kalau pesakit pakai baju yang menjerut leher seperti neck tie, butang baju, kolar baju yang tinggi, scarf ..korang kena longgarkan atau buka. Longgarkan butang baju, neck tie, scarf, tudung tu harus dibuka, jangan risau pasal aurat .. Sebab tujuan utama kita to save life!

9 – JANGAN TINGGALKAN PESAKIT BERSENDIRI

Bila kita uruskan mangsa, bila kita dah position dan ikut langkah 1 -8, kita kena teman mangsa sehingga dia habis sawan. Kerana pergerakan luar kawalan ini boleh mengubah kedudukan mangsa daripada side turning kepada lying flat semula. Sentiasa pastikan mangsa baring dalam keadaan mengiring.

10 – REKOD MASA

Bila semua langkah dah ikut , korang kena rekod berapa lama masa mangsa ni sawan.

BILA NAK CALL AMBULANS?

1 – Jika mangsa sawan lebih dari 5 Minit

So korang kan dah rekod masa tadi, so kalau lebih 5 Minit kena call ambulans untuk rawatan lanjut.

2 – Jika pesakit sawan kembali sedar sebelum 5 minit. Biarkan pesakit tadi rehat dan baring. Nanti pesakit sendiri akan bangun duduk. Elakkan dari beri minuman dan makanan sekiranya mangsa belum sedar sepenuhnya. Ditakuti jika mangsa akan dapat serangan kedua.

So sekarang ni korang dah fahamkan?

Jadi kalau terjumpa pesakit sawan, dah tak payah nak panik-panik lagi ..

Bayangkan kalau semua orang ada ilmu emergency ni, berapa ramai orang korang boleh selamatkan .. Bukan doktor saja …

Korang sendiri boleh volunteer untuk tolong.

Nampaklah rakyat Malaysia ni level lain skit.

Dan sepatutnya benda ni diajar dari level sekolah lagi.

Korang boleh angkat tangan, Excuse me I’m a doctor! Let me help …

Haaa gitewwwww!! 😂

BACA: Sawan Dan Bengkak Otak, Doktor Ini Kongsi Risiko Minum Air Secara Berlebihan

Sumber: Facebook Yazeed Hair Johari