
Enam Maut, Ratusan Tahanan Rohingya Larikan Diri Selepas Merusuh Depot Imigresen
Satu kejadian rusuhan dilaporkan di depot imigresen sementara di Relau, Sungai Bakap. Pulau Pinang yang menyaksikan lebih 500 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya melarikan diri awal pagi Rabu.
Media melaporkan seramai 229 daripada 528 tahanan lolos berjaya ditahan semula dan pihaknya sedang memburu baki 205 tahanan yang masih bebas, menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Difahamkan, seramai 229 tahanan warga Rohingya yang telah melepaskan diri pada jam 4.30 pagi di Pusat Tahanan Relau, Bandar Baru, Kedah.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, mereka yang melarikan diri telah memecahkan pintu blok dan grill penghadang.
Sumber memaklumkan, sewaktu melarikan diri, 10 daripadanya, masuk ke laluan lebuhraya sebelum dilanggar kenderaan. Akibatnya, 10 dari 527 tahanan mati ditempat kejadian.
(Video awam) pic.twitter.com/GhawrRVEfh— MohdFaizalHassan 🇲🇾 (@f4izalhassan) April 20, 2022
“Pegawai-pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard dengan menghubungi pihak polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.”
“Gerakan mencari dan menangkap tahanan yang lari sedang giat dijalankan dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan orang ramai. Gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan.”
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang memaklumkan enam tahanan Imigresen maut terlibat kemalangan jalan raya ketika cuba menyeberangi jalan semasa kekecohan berlaku.
“Mangsa ialah dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa, satu kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki. Buat masa ini, polis sedang mengesan baki 205 tahanan lain,” katanya.
Pihak imigresen meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang lari diminta untuk memaklumkan kepada pihak imigresen atau polis.
BACA: Dijanjikan Harapan, Pelarian Rohingya Mahu Masuk Malaysia Untuk Kehidupan Lebih Baik
Sumber: Malaysia Kini
Trending now



