Ratusan Ribu Jemaah Tunai Solat Dengan Penjarakan Sosial Di Masjid Nabawi

Ratusan Ribu Jemaah Tunai Solat Dengan Penjarakan Sosial Di Masjid Nabawi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak perintah melarang perhimpunan secara beramai-ramai bagi menyekat penularan COVID-19 ‘diangkat’, masjid di Arab Saudi mula dibuka secara beransur-ansur dengan pengamalan peraturan ketat.  Jumaat lalu, ratusan ribu jemaah telah menunaikan solat Jumaat secara berjemaah dengan mengamalkan penjarakan sosial di Masjid Nabawi, Madinah.

Meskipun begitu kawasan Raudhah masih menjadi kawasan larangan kepada jemaah. Antara langkah berjaga-jaga yang dilaksanakan adalah menetapkan satu pintu khusus untuk kemasukan jemaah, pemasangan kamer terma, permaidani dialih dan jemaah diminta untuk menunaikan solat di lantai marmar, lantai perkarangan masjid disanitasi serta kubah dan kanopi dibuka secara berkala bagi memberikan ruang pengudaraan di dalam masjid serta bekas air ZamZam turut dialihkan.

Ratusan Ribu Jemaah Tunai Solat Dengan Penjarakan Sosial Di Masjid Nabawi
Sumber: Arab News

Akan ditutup selepas solat isyak dan dibuka semula sejam sebelum solat Subuh, lot parkir masjid kini hanya beroperasi pada kadar 50% daripada kapasiti sebenar dan jumlah jemaah yang dibenarkan masuk adalah maksimum 40% daripada kapasiti masjid.

Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Arab Saudi, kempen kesedaran mengenai prosedur menjaga keselamatan dilancarkan selain daripada menempatkan beberapa petugas perubatan di kawasan pintu masuk.

BACA: Arab Saudi Umum Buka Semula Makkah 31 Mei Ini

31 Mei lalu, kerajaan Arab Saudi telah membuka semula masjid untuk aktiviti solat berjemaah sebagai satu perancangan ke arah kehidupan normal dengan norma-norma baharu secara beransur-ansur. Namun di Makkah, masih lagi tiada kebenaran diberikan.

Ratusan ribu jemaah yang hadir diminta mengamalkan penjarakan sosial dengan mengekalkan jarak dua meter antara barisan selain daripada memakai penutup muka serta memendekkan tempoh khutbah maksimum 15 minit.

Atas nasihat kesihatan, rakyat Malaysia yang mahu melakukan pergerakan keluar dari rumah disarankan untuk memakai topeng muka dalam usaha mengekang penularan.

Jika anda masih lagi belum mempunyai topeng muka, dapatkan sekarang topeng muka tiga lapis di MR. DIY dengan harga potongan sebanyak RM10 untuk setiap pembelian.

Klik DI SINI untuk lakukan pembelian.

Sumber: Arab News