Ratusan Kakitangan AirAsia Sekali Lagi Berdepan Risiko Dibuang Kerja

Sumber: Nikkei Asian

Ratusan kakitangan AirAsia sekali lagi berdepan risiko dibuang kerja.

Jun lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan telah membuang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

BACA: 10 Tahun Di Udara, Pandemik COVID-19 Hempas Juruterbang Ke Jalanan

Mempunyai sekitar  25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia, AirAsia sekali lagi dilaporkan bakal membuang ratusan kakitangan lagi menjelang akhir bulan ini.

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat, tiada angka terperinci diberikan dalam pembuangan kali ini namun ianya melibatkan beberapa ratus lagi tenaga kerja AirAsia Berhad.

Giliran AirAsia Buang Pekerja Untuk Kecilkan Operasi
Sumber: AirAsia Newsroom

Memetik kata Riad (melalui sumber), pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam; tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan Khamis ini berserta dengan jumlah pampasan yang bakal diterima.

AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas kepada mereka seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 ini.

“Dari perspektif perniagaan, kami sudah mencuba sebaik mungkin sejak beberapa bulan lepas untuk mengurus syarikat.

Bagi pekerja yang tidak terlibat, usaha harus ditingkatkan dalam menjalankan tugas anda. Gaji anda juga tidak akan dipotong.”

Sumber turut memaklumkan, selain daripada membuang kakitanga, antara beberapa langkah yang dilaksanakan AirAsia ialah:

  1. beberapa ratus tenaga kerja lain akan ditawarkan cuti tanpa gaji sehingga keadaan kembali pulih, dan
  2. Air Asia X semak semula gaji pokok tenaga kerja dengan hanya 25% bayaran.

Akhir Ogos lalu, AirAsia X Bhd (AAX) telah mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi bagi suku kedua berakhir 30 Jun berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu RM207.11 juta kepada RM305.24 juta.