
Ratu Ais Malaysia, Dione Tan Muncul Dalam Ranking Terbaik Di Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020
Ratu Ais Malaysia, Dione Tan muncul dalam ranking terbaik di Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020.
Berlangsung dari 9 hingga 22 Januari lalu, Sukan Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020 yang berlangsung di Lausanne, Switzerland sedikit sebanyak telah membawa nama Malaysia ke aras yang lebih tinggi.
Dione Tan Shu Yen, peluncur ais wanita Malaysia yang berusia 16 tahun ini berjaya menduduki ranking ke-24 daripada 29 peluncur kategori wanita 500 meter dan ranking ke-21 daripada 28 peluncur kategori wanita 1,000 meter turut digelar sebagai Ratu Ais Malaysia.
Wakil Malaysia untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020 pada 20 Jan 2020 di Lausanne, Switzerland, Dione Tan menduduki ranking ke 24 dari 29 peluncur kategori wanita 500 meter dan ranking ke 21 dari 28 peluncur kategori wanita 1000 meter. Tahniah dari #TeamKBS! #WanitaBolehLa pic.twitter.com/7mmviYM52y
— KBSMalaysia (@KBSMalaysia) January 22, 2020
Pernah mengejutkan orang ramai Mac lalu apabila muncul sebagai juara di Kejohanan Short Track Spees Skating Sukan SEA, Dione ketika itu berjaya menewaskan Anja Chong yang memegang gelaran berkenaan sebanyak tiga kali dalam acara 1,000 meter dan 1,500 meter.
Digelar sebagai Ratu Ais (Ice Queen), atlet ini mencatatkan masa 1 minit 41.674 saat semasa aksi Sukan SEA ke-30 dengan kejayaan membawa pulang gangsa selepas kalah tipis dengan atlet Indonesia, Nur Indah Ratu Aififah (1:41.314 saat) dan atlet Singapura, Cheyenne Goh (1:39.272 saat).
https://www.instagram.com/p/B5nVuQ9jAa7/
Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh atlet wanita negara menjadi pemangkin semangat untuk wanita lain turut menceburi bidang sukan.
Dengan #WanitaBolehLa, Kementerian Belia dan Sukan Negara turut melantik Ratu Skuasy, Datuk Nicol Ann David sebagai Duta Sukan Negara sebagai contoh kepada wanita-wanita lain untuk terus maju dalam bidang sukan.