Tiada Lagi Pengasingan Aliran Bermula 2020

Rasmi! Tiada Lagi Sistem Pengasingan Aliran Pelajar Tingkatan 4 Bermula 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pertengahan Oktober lalu, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik memberikan pendapat bahawa sistem pengasingan aliran yang dilakukan pada pelajar tingkatan empat di Malaysia menyebabkan banyaknya bakat pelajar dibazirkan begitu sahaja.

BACA: Sistem Aliran Pendidikan Banyak Bazirkan Bakat Pelajar – Dr Maszlee

Selepas perhimpunan Dewan Rakyat semalam di ruangan lobi Parlimen, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching memberitahu media bahawa kerajaan akan menghapuskan sistem aliran sains dan kesusasteraan dan menggantikannya dengan subjek yang lebih relevan termasuklah subjek elektif.

Tiada Lagi Aliran Pendidikan

Aliran sains dan kesusasteraan ini akan digantikan dengan STREAM iaitu pengajaran subjek sains, teknologi, membaca, seni dan muzik berkuatkuasa tahun 2020 dan pemberitahuan melalui surat kepada semua sekolah menengah di seluruh Malaysia sudah pun diedarkan.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1699892830143926

Sistem STREAM ini akan membahagikan pelajar mengikut laluan pengajian berdasarkan kemampuan intelek dan minat bukannya mengikut keputusan peperiksaan PT3.

Sekiranya sistem ini berjaya, maka pastinya kualiti dan mutu pendidikan negara kita semakin meningkat.

Sumber: NST

 

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.