GSC SceenX

Rasai Pengalaman Tonton Wayang ScreenX Di GSC 1 Utama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi kaki wayang, pasti ingin merasai pengalaman berbeza ketika menonton wayang. Mesti hampir semua jenis panggung wayang sudah dicuba. Setakat ini jenis wayang yang manakah anda berpuas hati?

Tahun lepas, Golden Screen Cinema (GSC) memperkenalkan teknologi ScreenX, yang memiliki panorama paparan skrin 270 darjah dan menjadi pawagam pertama yang mempunyai teknologi itu di Malaysia.

Teknologi ScreenX membawa penonton memancarkan tiga skrin secara serentak iaitu satu dihadapan dan dua di sisi. Seolah-olah penonton akan terasa seperti berada di dalam filem tersebut.

Kini, teknologi ScreenX telah disediakan dan boleh digunakan di GSC 1 Utama.

Pihak GSC akan mengadakan tayangan filem dengan ScreenX bermula 5 Ogos hingga 4 September 2019 dan hanya di GSC 1 Utama sahaja. Tiket untuk tayangan filem di pawagam ini akan dijual pada harga RM18 seorang. Tiket boleh didapati 3 hari sebelum tarikh tayangan.

Maklumat lanjut tentang senarai tayangan filem menggunakan paparan skrin 270 darjah ini boleh dilihat di sini.

GSC SceenX
Sumber: GSC

Apa pendapat anda? Berbaloi atau tidak? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda pada kami.

Siapa yang ada hadir?

ART OF SPEED MALAYSIA 2019 | MAEPS Serdang

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.