
Rasa & Tekstur Sama Macam Daging Betul, Israel Berjaya Hasilkan Daging Cetak 3D
Jika sebelum ini Singapura menjadi perhatian dunia selepas mendapat kelulusan daripada pihak pengawal selia Singapura untuk menjual daging ayam buatan makmal, kali ini Israel mengejutkan dunia kerana berjaya menghasilkan daging cetak dengan menggunakan mesin pencetak 3D.
Yang menariknya, daging ini mempunyai kualiti, rasa dan tekstur yang sama dengan daging sebenar!
Dalam masa satu jam sahaja, mesin yang dicipta oleh syarikat teknologi Redefine Meat dan MeaTech ini dikatakan mampu mencetak ribuan unit daging.
Dengan teknologi ini, jumlah haiwan yang menjadi mangsa sembelihan untuk mendapatkan daging berjaya dikurangkan malah kos dapat dikurangkan kerana daging cetak ini boleh dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.
Menurut sumber, daging yang dicetak ini akan memasuki pasar raya di Israel menjelang 2022 bukan sahaja dapat mengurangkan kos penternakan dan jumlah haiwan yang disembelih, tetapi juga dapat menjaga kualiti dan keselamatan daging dengan lebih baik.
Menjelang 2035, bekalan daging untuk penduduk dunia dikatakan tidak mencukupi menjadikan pembiakan tanaman hibrid dan daging kultur dipergiatkan.
Sehinggakan lipas yang dahulunya dianggap sebagai serangga perosak juga dikatakan akan menjadi sumber protein alternatif dan sudah dibiakkan secara besar-besaran di China.
BACA: Boleh Hidup Tanpa Kepala Selama Seminggu, Ini Perkara ‘Jijik’ Pasal Lipas Yang Ramai Tak Tahu
Sumber:
Trending now



