
“Rasa Macam Harimau Cengkam Badan” – Rakan Pelik Muka Jadi Bengis
Baru hari penulis tahu, mereka yang pernah menerima gangguan daripada makhlus halus memang ada kecenderungan untuk tidak mahu pergi berubat.
Mungkin ‘makhluk halus’ itu yang menghalang mereka melakukan perkara tersebut.
Sama seperti kisah di bawah ini yang pernah diganggu ‘benda’ namun menolak untuk menerima rawatan. Jom ikuti kisahnya di Twitter ISU SEMASA VIRAL.
TW (Cerita Seram)
Salah satu rumah sewa yang saya duduk di kawasan Kuantan sangat misteri. Asalnya saya duduk berdua. Tetapi akhirnya tinggal saya seorang. Saya duduk di bilik tengah. Faham-fahamlah kalau bilik tengah tu, panasnye toksah citerla. pic.twitter.com/YPQIvbHawn
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 15, 2023
Salah satu rumah sewa yang saya duduk di kawasan Kuantan sangat misteri.
Asalnya saya duduk berdua. Tetapi akhirnya tinggal saya seorang.
Saya duduk di bilik tengah. Faham-fahamlah kalau bilik tengah tu, panasnya tak payah ceritalah.
Satu malam tu, dalam pukul 3 pagi, pergi ke tandas.
Tiba-tiba terdengar orang bertukang, di kawasan belakang rumah.
Pergilah jenguk. Tak ada orang. Jiran kiri kanan dah tidur (rumah teres).
Jadinya, saya tidur di ruang tamu. Masa ni lah saya tahu rumah ni di laluan angin.
Tiba-tiba, dengar dari atas kepala saya orang bertukang.
Tak pandang atas terus masuk rumah. Ambil air sembahyang, baca 3 qul dan ayat Kursi, terus tidur.
Ada satu malam tu, panas. Saya tidur di ruang tamu.
Jadinya, saya buka pintu depan (rumah bergril). Memang sejuklah.
Angin dari belakang masuk dan keluar ke pintu depan. Depan rumah saya padang bola. Lepas padang bola tu paya tinggal.
Malam tu, tengah tidur, bau wangi sangat-sangat.
Saya buka mata, nampak ada perempuan tengah jalan dari dapur menuju ke pintu depan.
Saya pejamkan mata balik. Tiba-tiba terasa ada macam orang main kain atas badan saya.
Ala, macam orang main-main bagi geli tu. Maaf, dari takut saya rasa seronok pula! Hahahhahaha.
Dua tiga malam juga. Tapi ‘benda’ tu tak pernah nak bunyi mengilai ke apa. Just bau wangi, dan suka geletek sayalah.
Satu malam tu, bukan benda tu yang datang, tapi benda lain. Rasa macam harimau tengah cengkam badan.
Tapi taklah kuat, macam kucing-kucing buat tu.
Tahu dia harimau pasal tapak kaki dia adalah rasa besar macam pinggan lauk tu. Sesekali, ada rasa hembusan nafas kat muka. Siap rasa misai dia.
Ya, jangan harap saya nak buka mata!
But tak kacaulah teruk-teruk.
Saya tak perasan perubahan saya. Arwah mak perasan.
Mak beritahu, saya cepat jadi marah dan pembengis. Tak banyak cakap, dan kadang-kadang menderam tengah tidur.
Yang saya pasti, mak nak bawa pergi Darussyifa Temerloh.
Boleh-boleh tak nak pergi ni (lepas bertahun dah kena, baru tahu, memang orang yang kena cam ni, seboleh mungkin tak nak pergi berubat).
Arwah mak pergilah.
Ustaz tu kata, dia boleh merawat melalui ibu kandung.
Jujurnya, saya tak rasa apa-apa. Tapi kawan sekeliling tahu, muka saya jadi bengis, orang takut nak kawan dan rapat.
Masa ni kerja saya pun berterabur sampai kena potong gaji.
Ustaz tu kata, “benda” tu dan haiwan dia pelihara suka ke saya. Tak tahulah kenapa dia suka.
Arwah mak tanya, saka ke? Ustaz tu jawab, benda tu memang asyik lalu situ dari dulu lagi, tapi last-last jatuh cinta ngan saya.
Gila! Masa mak cerita tu, macam cerita dongeng pula. Minumlah air ubat as ikhtiar.
Jujur saya cakap, saya suka ‘benda’ tu!
But, mengenangkan, hidup saya huru-hara jadinya, saya tanya pakcik-pakcik surau. Mereka beritahu, cari tahi bijih letak di rumah.
Entah kenapa, Allah nak bantu, ada seorang Arwah pakcik ni, pergi ke Lipis, teroka tanah, dan jumpa tahi bijih. Dia suruh saya pegang.
Panas pijar kau.
Bungkus dalam plastik, letak di ruang tamu. Alhamdulillah, benda tu beransur-ansur hilang.
Cuma, kadang-kadang, perasan kalau saya masuk hutan, ada yang mengikut sebelah kanan.
Bau wangi tu, kadang-kadang ada, walaupun dah pindah ke daerah lain.
p/s: Saya teringat kejadian ni berlaku tahun yang sama MH370 hilang.
BACA: “Macam Diseret” – Gadis Pelik Terjumpa Kesan Darah Misteri Buat Netizen Seram
Trending now



