Ranking FIFA Harimau Malaya Melonjak 1

Ranking FIFA Skuad Harimau Malaya Terus Melonjak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hasil daripada kejayaan mengutip 31 mata dalam tempoh sebulan dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Harimau Malaya terus melonjak empat anak tangga iaitu daripada 158 pada bulan lalu kepada kedudukan 154 bulan ini dalam ranking FIFA.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga tersenarai sebagai pasukan yang paling banyak mengutip mata di dunia dalam tempoh 24 Oktober hingga 28 November tahun ini.

Ranking FIFA Harimau Malaya Melonjak

Mempamerkan prestasi cemerlang dalam Kelayakan Piala Dunia selepas menewaskan Thailand 2-1 (14 November) dan Indonesia 2-0 (19 November), Harimau Malaya berjaya menambah ranking dunia selepas menewaskan Tajikistan 1-0 (9 November) dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jepun kekal sebagai skuad Asia di kedudukan pertama (ke-94) diikuti Thailand (ke-113), Filipina (ke-124) dan Myanmar (ke-136). Manakala Singapura (ke-157) di belakang Malaysia, Indonesia dan Kemboja berkongsi tangga yang sama (ke-173), Laos (ke-188), Brunei (ke-191) dan Timur Laste (ke-196).

Sumber: FMT, Astro Awani

 

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.