
‘Rampasan Terbesar Dalam Tempoh Beberapa Tahun’, Lelaki Ditahan Curi Lebih 730 Pakaian Dalam Dari Dobi
‘Rampasan terbesar dalam tempoh beberapa tahun’, lelaki ditahan curi lebih 730 helai pakaian dalam dari dobi.
Seorang lelaki, Tetsuo Urata, 56 tahun ditahan atas kesalahan mencuri sekurangnya 730 helai pakaian dalam wanita.
Rumah Tetsuo kemudiannya diserbu selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang pelajar kolej 21 tahun yang mendakwa pakaian dalamnya dicuri beliau dari sebuah kedai dobi.

Hasil serbuan nyata mengejutkan pihak polis tempatan kerana menurut mereka ia merupakan rampasan terbesar dalam beberapa tahun ini.
Tetsuo kemudiannya mengaku kesalahannya dan menunggu untuk dibicarakan.
Untuk pengetahuan anda, di Jepun sudah ada beberapa kes mencuri pakaian dalam wanita berprofil tinggi yang mana suspeknya ialah lelaki.

Mac lalu, Takahiro Kubo, seorang juruelektrik 30 tahun dituduh pihak berkuasa atas kesalahan mencuri lebih 424 helai seluar dalam dan pakaian renang remaja perempuan.
Suspek tertangkap susulan jenayahnya curi pakaian dalam dirakam salah seorang penduduk tempatan.
Sebelum ini, di Thailand seorang lelaki bernafsu pelik sanggup mencuri kasut dan selipar jiran tetangganya untuk dijadikan koleksi bagi memuaskan nafsunya.
Turut ditahan bersama 126 pasang selipar dan kasut yang dipercayai dicuri sejak lebih dua tahun lalu, Klaiya memberitahu beliau akan memakai kasut dan selipar tersebut di dalam rumah dalam keadaan ghairah sebelum memeluk, mencium dan melakukan hubungan intim dengannya.
Beliau juga pernah ditahan pada tahun lalu atas kesalahan sama di daerah lain, kesemua koleksinya akan dijaga dengan rapi.
Mengaku bersalah atas tuduhan mencuri pada waktu malam, memiliki alat pemancar digital (digital transceiver) tanpa izin dan melanggar perintah berkurung susulan penularan COVID-19, Klaiya seorang lelaki bernafsu pelik ini akan ditahan dii balai polis sehingga pihak pendakwaan memutskan proses hukuman selanjutnya.
Baca lanjut: Lelaki Bernafsu Pelik Sanggup Curi Kasut Dan Sepatu Jiran Untuk Jadikan Koleksi Peribadi