Rami Malek enggan watak jahat Bond

Rami Malek Enggan Pegang Watak ‘Terrorist’ Dalam Filem Baharu ‘James Bond’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru beberapa hari lepas, MakanLena memaparkan tentang keadaan Kota Bharu yang menjadi lubuk bagi peniaga jalanan mencari rezeki. Kini pihak polis Kelantan tampil dengan kenyataan terbaharu mereka.

Polis Kelantan telah menegur orang ramai supaya tidak meneruskan aktiviti jual beli makanan di tengah-tengah jalan raya kerana perbuatan itu merupakan suatu kesalahan.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kini menjadi trend bagi penduduk tempatan untuk melakukan urus niaga menjual makanan berhampiran persimpangan jalan dan lampu isyarat di sekitar pusat bandar.

Tambah beliau, aktiviti tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan peniaga dan pegguna jalan raya, malahan boleh mengganggu aliran trafik.

Beliau juga turut menegaskan bahawa saman akan dikeluarkan kepada peniaga yang menjual dan pengguna yang membeli sekiranya didapati bersalah.

polis kelantan

Aktiviti meniaga di tengah jalan raya ini popular di negara Indonesia apabila jalan raya dipenuhi penjaja jalanan yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti burger, bebola daging, piza dan minuman.

Pihak polis bukan berniat untuk menghalang anak muda mencari rezeki. Namun, tindakan mereka sebenarnya salah di sisi undang-undang dan turut mengganggu pengguna jalan raya yang tidak melakukan transaksi pembelian.

Sumber: Utusan