
Ramai Yang Tertipu, Kisah Sedih Di Sebalik Animasi Doraemon Sebenarnya Hoax?
Beberapa tahun lepas, kisah sedih di sebalik animasi Doraemon menjadi tular dan dikongsikan secara meluas di media sosial.
Dalam kisah tersebut, dikatakan ianya diinspirasikan daripada kisah sebenar mengenai seorang kanak-kanak, Nobita Hirose yang mempunyai masalah kesihatan mental skizofenia – satu gangguan mental yang menyebabkan individu mengalami halusinasi, kekacauan fikiran dan berubah perilaku.
Disebabkan masalah tersebut, Nobita yang sering menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan beliau mencipta satu watak imaginasi yang diberi nama Doraemon.

Doraemon yang sentiasa berada di sisi dan membantunya apabila dalam kesusahan dicipta hasil daripada rasa sunyi yang dialami Nobita.
Namun selepas menjalani kaunseling ketika berusia 16 tahun, Nobita akhirnya sedar bahawa Doraemon sebenarnya tidak wujud dan menyebabkan beliau menjadi lebih tertekan.
Tidak dapat menerima kenyataan tersebut, Nobita akhirnya menembak dirinya menggunakan pistol milik ayahnya.

Kisah yang kononnya memberi inspirasi kepada Fujiko F. Fujio untuk menghasilkan siri animasi Doraemon kemudiannya didakwa sebagai haox atau pun tidak benar.
Menurut Stumagz, kisah yang dilalui oleh seorang kanak-kanak yang mengalami gangguan mental dan disisihkan orang ramai memang ada dalam masyarakat.
Namun, ianya langsung tiada kena mengena dengan inspirasi terhasilnya animasi Doraemon.
Terdahulu, seorang ahli fizik, Zamir Mohyedin pernah menjelaskan pintu Doraemon boleh wujud dengan asa teori sains sekiranya ia dilihat berasaskan teori kenisbian umum yang dilengkapkan oleh Albert Einstein.
BACA: Pintu Doraemon Boleh Wujud Dengan Asas Teori Sains? Baca Keterangan Ahli Fizik Ini
Menurut teori ini, kewujudan lohong cecacing ini tidak mustahil, cumanya masih belum dapat dibuktikan lagi dengan menggunakan konsep ruang masa (space-time) yang mana merupakan entiti yang mempunyai perkaitan antara keduanya.

Sebelum ini, rumah dua tingkat milik Nobita dan Doraemon yang menjadi ‘dasar’ kepada plot cerita Doraemon di dunia sebenar dikatakan boleh mencecah sehingga RM2 juta biarpun menggunakan konsep minimalis.
BACA: Harga Sebenar Kediaman Minimalis Nobita Mencecah RM2 Juta Di Dunia Sebenar
Menurut seorang penulis Jepun yang dikenali sebagai SOW, rumah ini dianggap sebagai ‘rumah biasa’ pada tahun 70-an namun bayaran pinjaman bulanan boleh mencecah sehingga RM8,000 (200,000 yen). Kalau diikutkan harga pasaran pula, sewa bulanan boleh mencecah RM6,000 ke RM8,000 sebulan.