Ubat Gigi Melecur 3

Ramai Yang Tak Tahu Melecur Akan Lebih Teruk Bila Disapu Ubat Gigi!

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selalu kita dengar kalau tubuh melecur terkena benda panas, sapukan dengan ubat gigi. Ini kerana ubat gigi akan bertindak sebagai agen penyejuk yang menyejukkan ‘panas’ di kawasan lecuran.

Tapi tahukah anda, ianya hanya mitos semata? Menyapu ubat gigi, telur, minyak gamat, tepung dan sebagainya memburukkan lagi kawasan yang melecur?

Ubat Gigi Melecur 2

Dengar penjelasan seorang pakar perbuatan ini mengenai rawatan yang betul apabila mengalami lecuran.

Tahap melecur boleh dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap 1, tahap 2 dan tahap 3.

Ubat Gigi Melecur

Petua menyapu dengan bahan-bahan seperti disebutkan di awal tadi sebenarnya lebih memudaratkan berbanding menyembuhkan. Malah ada pengguna petua ini telah menderita gelembung tangan yang sangat teruk gara-gara sudah terkena jangkitan kuman.

Ubat Gigi Melecur 1

Sekiranya anda terkena sesuatu yang panas, alirkan air bersih selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Jangan gunakan air sejuk atau ais, sebaliknya gunakan air yang bersuhu bilik.

Jika ada gelembung yang timbul, jangan pecahkannya. Hanya tutup dengan kain bersih. Sekiranya lecuran berlaku di tahap dua atau tiga eloklah kiranya pergi ke klinik atau hospital dengan kadar segera.

Sebelum mengamalkan apa-apa petua, ada baiknya anda mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan terlebih dahulu. Ini kerana mereka lebih tahu dan berpengatuan mengenai kaedah perubatan yang betul.

Selamat berperang dengan mitos yang membahayakan!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan