
Ramai Yang Sanjung Tapi Ramai Juga Yang Meragui, Siapa Sebenarnya Mawla Amin Ini?
Kehadiran seorang individu yang didakwa merupakan keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW ketika ini mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Meskipun banyak programnya terpaksa dibatalkan kerana gagal mendapat kelulusan dari beberapa jabatan agama, Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi ini dilihat sangat dikagumi dan disanjungi sehingga nak makan udang pun ada yang sanggup tolong kopekkan.
Seorang editor dan penulis buku dari University of Jordan, Fakhri @fakhrifadzli cuba merungkai siapakah sebenarnya personaliti misteri ini melalui bebenang ciapannya berikut dengan menyenaraikan beberapa persoalan yang meragukan mengenai dirinya.
Ikuti penulisan serta tangkap layar yang diambil dari akaun Twitternya berikut untuk dinilai sendiri oleh umat Islam di Malaysia siapakah sebenarnya gerangan Mawla Amin dari Maghribi ini.
Masih tercari-cari video Maula ini sampaikan ceramah.
Sebab dia datang dari Morocco, negara yang ada tradisi ilmu yang hebat dari sudut hafalan dan kefahaman.
Antara yang datang ke Malaysia baru-baru ini ialah Sheikh Said al-Kamali.
Ke Maula ni memang datang tayang diri je?
Kalau ada video dia mensyarahkan kitab atau sekurang-kurangnya berikan ceramah dalam bahasa Arab dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu mohon kongsikan.
Kalau tak ada, maksudnya tak ada bezalah dia dengan orang Arab di Bukit Bintang tu.
Beza pakaian je.
Baik. Jika disahkan sebagai keturunan Nabi SAW, apa yang menjadikan beliau istimewa berbanding jutaan keturunan Baginda SAW yang lain?
Sepatutnya dari sudut ilmu yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Tapi jika tak ada, hanya keturunan je. Kat Malaysia ada keturunan Nabi SAW.
https://twitter.com/cayapalam/status/1581650113537052672
Saya tak membenci atau merendah-rendahkan Ahlu Bait Nabi SAW.
Ramai ulama sekarang yang berketurunan Nabi SAW, tapi mereka tak jadikan itu sebagai point untuk diri mereka diikuti.
Mereka diikuti kerana ilmu dan ketakwaan bukan semata-mata keturunan.
Ini yang kena faham.
Kita persoalkan isu ini bukan sebab benci Islam, jadi liberal atau anti ulama.
Sebab cakna dengan agamalah kita tanya.
Tengok video-video tentang beliau; disanjung sebab rupa dan keturunan. Bukannya ilmu.
Ini bukan ciri-ciri ulama.
Lebih tepat artis tapi berperwatakan agama.
https://twitter.com/Muzuzxck/status/1581513733423394816
Antara yang bongkarkan tentang ini ialah Ustaz Hafiz al-Za’farani.
Beliau bukan “wahabi”. Aliran pondok dan habaib.
Baca:
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0gTRQUXhq2iQvXD8G3jzhok4LtupUwznTvzHgwjXQ7hAU4N9t18njHR2MpfaHnQc3l&id=100001876275514
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid033aKZ7CGnMUXJ2cVHVqcWLgP5nH79WhmJkj6A1sp7mCSpfieSt56V74u1w9dwJAeMl&id=100009699647409
Mufti N9: Individu dakwa keturunan Nabi SAW hanya mahukan nama.
Mufti Pulau Pinang: Saya tidak hadir sebab meragui individu dari Maghribi itu.
- https://www.sinarharian.com.my/article/225099/berita/nasional/individu-dakwa-keturunan-nabi-hanya-mahukan-nama-mufti
- https://www.hmetro.com.my/utama/2022/10/890828/saya-tak-hadir-sebab-meragui-warga-maghribi-itu-mufti-pulau-pinang
Penganjur akui bahawa Maula Amin bukan ulama. Hanya diangkat sebagai keturunan Nabi SAW. Tapi itu pun tak dapat disahkan.
Ustaz Hafiz al-Za’farani dan para asatizah berikan amaran agar berhati hati dengan individu ini.
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0fQNbVEop58X1DtQPGEWuQFUj1eZS1rW4fBNsBc7ywLvUkyG51BASdPFC8bDCk26cl&id=100001876275514
- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0dyox62ECE2kzP4MBWg29P8AhVkMPun5YVu6oumrB4BDXGhNrdfXDknWS1giUMDwYl&id=100001876275514
Banyak lagi di Facebook dipersoalkan tentang Maula Amin ini.
Antaranya tentang nasab yang beliau dakwa sebagai keturunan ke-38 tetapi beliau sebut ke-39.
Saya dah sampaikan apa yang saya dapat maklumat.
Terserah kepada anda untuk menilai.
اللهم إني قد بلغت اللهم فاشهد
BACA: Penjelasan & Bukti: Ratu Elizabeth II BUKAN Keturunan Firaun Mahupun Nabi
Sumber: @fakhrifadzli