
Ramai Pekerja Positif COVID-19, Lelaki Dedah Majikan Paksa Makan Ivermectin
Ramai Pekerja Positif COVID-19, Lelaki Dedah Majikan Paksa Makan Ivermectin.
Penggunaan Ivermectin untuk merawat COVID-19 menjadi topik hangat ketika ini sehingga ada Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar ia diberi kelulusan segera.
Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Ivermectin adalah ubat antiparasit yang diluluskan oleh Food & Drug Administration (FDA) dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Disebabkan keberkesanan Ivermectin untuk merawat COVID-19 belum disahkan pihak KKM, golongan petugas kesihatan memberi amaran orang ramai jangan sesekali menggunakan ubat berkenaan tanpa kebenaran.
Majikan paksa makan Ivermectin untuk rawat COVID-19
Seorang pengguna Twitter memaklumkan, majikan kepada kakaknya telah memaksa para pekerja untuk mengambil ubat Ivermectin apabila disahkan positif COVID-19.
Bukan itu sahaja, kakaknya juga perlu memakan ubat tersebut dihadapan majikannya sendiri sebagai bukti.


Dia memberitahu, apabila kakaknya disahkan positif COVID-19 dan dipercayai dijangkiti semasa bekerja. Difahamkan, abang iparnya sudah meninggal dunia dan kakaknya merupakan seorang ibu tunggal.
Lelaki itu juga mendakwa seramai 23 orang yang bekerja di tempat kakaknya sudah positif COVID-19 namun dikerah untuk bekerja seperti biasa.
Tindakan syarikat itu akhirnya memaksakan kakaknya mengadu pada keluarga kerana sedih diperlakukan sebegitu walaupun telah menolak.
Dalam pada itu, kakaknya merancang untuk mencari pekerjaan lain kerana tidak sanggup menerima layanan sebegitu.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon dan kurang setuju dengan tindakan yang diambil oleh syarikat berkenaan. Ramai yang menyarankan supaya mereka membuat laporan mengenai isu ini kepada pihak berwajib.
Walaupun ada laporan mengatakan India dan Filipina telah berjaya menggunakan menggunakan Ivermectin untuk merawat COVID-19 tanpa kesan sampingan dilaporkan.
Bagaimanapun, mereka tidak menyebut bahawa pihak berkuasa kesihatan di kedua-dua negara itu tidak pernah mengumumkannya secara terbuka.
Terdapat kesan sampingan Ivermectin yang tidak dimaklumkan, antaranya Ataxia atau masalah keseimbangan, sawan dan seumpamanya.
Setakat ini, KKM telah memberi kelulusan khas penggunaan ubat ini secara off label untuk kajian klinikal sahaja atas kebenaran WHO dan keputusan akan diketahui pada September depan.
@drmalarss #IVERMECTIN#ivermectin #covid19malaysia #celotehdrmalar #ivermectincovid19
Trending now



