Ramai Individu Berpengaruh Pakai, Rupanya Pelitup Muka Jenis Ini Tak Sesuai Untuk Cegah COVID-19

Pelitup Muka Injap Pernafasan Tak Sesuai
Sumber: Forbes

Musim COVID-19 ini, pelitup muka antara barang yang menjadi keperluan semasa. Lagi-lagi kerajaan telah mewajibkan penggunaan pelitup muka ketika berada di tempat awam yang sesak dan ruang tertutup yang bercampur ramai orang.

Sesetengah orang begitu cerewet dalam memilih pelitup muka yang sesuai. Dari harga murah hinggalah mencecah ratusan ringgit, pelbagai jenis pelitup muka dijual dan boleh dibeli di platform membeli-belah secara dalam talian.

Sejak akhir-akhir ini, pelitup muka dengan injap pernafasan telah mencuri perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila dipakai oleh individu berpengaruh.

Menyentuh mengenai pelitup muka yang disertakan dengan injap pernafasan sebenarnya bukanlah suatu pilihan yang terbaik.

Hal ini dikongsi oleh Public Health Malaysia yang menjelaskannya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Anda pasti tertanya tanya.. apakah keistimewaan pelitup muka dengan injap yang banyak dipakai oleh orang awam kini.

Topeng muka dengan injap ini adalah untuk kegunaan industri dan pekerja tapak binaan dimana udara persekitaran yang berdebu ditapis , makanala udara yang dihembus TIDAK ditapis dan akan keluar dari injap ini.

Bayangkan jika pemakai topeng ini adalah penghidap dan pembawa virus covid, udara yang dihembus keluar menerusi injap mempunyai kelajuan tinggi dan virus boleh tersebar dengan lebih padu.

Beberapa agansi Kesihatan Awam di US telah mula mengeluarkan amaran mengenai penggunaan topeng muka dengan injap ini.

Ia bertentangan dengan matlamat asal penggunaan pelitup muka- untuk melindungi diri, dan melindungi orang awam.”

Pelitup Muka Injap Pernafasan Tak Sesuai

Ada satu jenis pelitup muka ini semakin menarik perhatian orang ramai apabila melihat ramai individu berpengaruh memakainya.

Menurut sumber, pelitup muka yang mempunyai injap pernafasan itu dikatakan amat berkualiti tinggi dan telah dibuktikan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun yang berkesan terhadap semua bentuk influenza termasuk selsema burung dan selsema babi.

Pelitup muka tersebut terdiri daripada 4 lapisan dan harganya lebih mahal daripada pelitup muka tiga lapisan di pasaran. Namun, kami tertanya adakah nasihat PHM di atas turut termasuk pelitup muka yang dipakai oleh individu berpengaruh ini?

Sumber: Public Health Malaysia

BACA: Murid Sekolah Pakai Pelitup Muka Kotor, Tali Siap Berjahit Bukti Bukan Semua Keluarga Mampu