Graduan Memilih Kerja

Ramai Graduan Dipersalahkan Kerana Memilih Kerja, Majikan Ini Dedah Antara Punca Sebenarnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Generasi muda dan graduan zaman sekarang sering kali dipersalahkan kerana dikatakan terlalu gemar memilih kerja.

Walaupun banyak peluang kerja yang ditawarkan, didapati ramai di antara mereka tidak berminat untuk bekerja dan sanggup menunggu tawaran kerja yang lebih hebat dan benar-benar lumayan.

Menurut Ir Abdul Rahman Bahasa di Facebooknya, sebenarnya terdapat lagi faktor lain yang dikatakan menyumbang ke arah permasalahan ini.

Beliau turut memberikan dialog situasi kisah benar bagaimana perkara ini berlaku yang digarap melalui pendedahan yang dikongsikan kepadanya oleh seorang majikan dalam hantarannya berikut:

Graduan Memilih Kerja

ANTARA PUNCA KENAPA GRADUAN REJECT INTERVIEW, TAK TERIMA OFFER KERJA

Jom kita hayati dialog-dialog di bawah:

Graduan: Mak, Ika dapat panggilan interview kerja! (Ika sangat excited!🤩)

Mak Ika: Kat mana Company tu?

Graduan: Kat Mersing.

Mak Ika: Haish, jauh sangatlah. Carilah yg dekat-dekat dulu..Kita ni kat Batu Pahat. Dah kenapa nak kerja sampai ke Mersing? Kamu tu perempuan. Risau mak kamu pergi jauh-jauh ni.

(Ika kecewa😔)

Graduan: Ayah, Azli dapat kerja kat KL! (Azli sangat excited!🤩🤩)

Ayah Azli: KL? Berapa gaji dia offer?

Azli: RM3k.

Ayah: Kat KL tu semua pakai duit. Parkingnya sekian, tolnya sekian, bilik sewa lagi, makan lagi..Baik kamu dok rumah dulu. Cari kerja dalam daerah kita ni je. Tol pun tak ada, rumah tak payah sewa. AYAH PUN MAMPU JE NAK TANGGUNG MAKAN MINUM KAMU TU..

(Azli kecewa😔)

The End.

Ini kisah benar yang aku garap daripada kawan aku yang sharing experience dia. Kawan aku seorang Owner sebuah Company.

Kawan aku kata: To do recruitment was not easy nowdays.

Bukan sebab graduan tu tak nak kerja.

Bukan sebab graduan tu memilih kerja.

Tapi antara punca mereka tak datang interview dan tak accept offer adalah disebabkan ada intervention keluarga dalam decision making mereka.

Sebab parent sekarang ramai mampu nak tanggung graduan-graduan ni walaupun dia orang tak bekerja. Last-last suruh anak duduk rumah dulu untuk tunggu offer Impian keluarga.

Aku tak pukul rata. Tapi memang ada terjadi benda macam ni.

Plus kawan aku tu ada share jugak. Team dia sampai kena deal dengan parent bakal pekerja pulak nak terangkan segala macam hal berkenaan employment😅

Contoh: future plan Company, security di tempat kerja, career prospect and bla-bla.

Ni graduan nak kerja ke, mak bapak yang nak kerja ni??😅

Bertabahlah para usahawan semua!

#IrARB

BACA: 6 Kerjaya Gig Masa Kini Yang Anak-Anak Anda Boleh Ceburi Demi Masa Hadapan Mereka

Sumber: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa