Ramai Dapat Keputusan Luar Biasa, Rupanya Kantoi Menipu Jawab Ujian Untuk Jadi Guru

Kantoi Tipu Jawab Ujian Guru

Kantoi Menipu Jawab Ujian Untuk Jadi Guru.

Dalam ekonomi tidak menentu ini, pasti ramai yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi, tidak hairanlah ada pihak yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merebut peluang pekerjaan yang terhad.

Sekitar 35 wanita muda ditahan baru-baru selepas didapati cuba menipu semasa menduduki ujian pemilihan masuk ke sekolah pendidikan guru di Michoacán, Mexico.

Mereka dikatakan menipu dengan cara menulis jawapan pada kuku jari masing-masing dengan menggunakan cat.

Seluruh proses kemasukan ke sekolah pendidikan guru ini dari peringkat pertama sehingga ke peringkat akhir disyaki dipenuhi penipuan selepas beberapa pelajar didapati membeli kertas jawapan dengan harga 15,000 (RM1,284) ke 25,000 peso (RM2,140).

Walaupun secara rasmi belum dibuktikan, namun dakwaan itu disahkan apabila ramai pelajar memperoleh keputusan yang sangat mengagumkan di kawasan majlis perbandaran Michoacán sehingga menimbulkan keraguan banyak pihak.

Menurut laporan media tempatan 50 calon berjaya menjawab semua 100 soalan dengan betul, manakala 300 calon lain berjaya menjawab 99 dan 90 soalan dengan betul.

Kantoi Tipu Jawab Ujian Guru

Ia luar biasa sedangkan markah tertinggi yang diperoleh calon dari majlis perbandaran lain hanya 71 jawapan betul.

Bagi menghilangkan semua kecurigaan penipuan, pihak berkuasa memutuskan mengulangi ujian pada 21 Ogos lepas, dan akhirnya berjaya menangkap sekurang-kurangnya 35 wanita di bandar Morelia dan Arteaga yang berusaha menipu menggunakan kaedah yang sangat cerdik.

Biarpun menggunakan warna berbeza, namun semua kuku jari mereka mempunyai corak yang sama iaitu jawapan untuk keseluruhan 100 soalan.

Kantoi Tipu Jawab Ujian Guru

Walaupun calon-calon ini disahkan cuba menipu dalam peperiksaan ini, namun mereka tidak dilarang mengambil ujian.

Sebaliknya, mereka dipisahkan dari anggota kumpulan yang lain dan diminta memakai sarung tangan untuk menyembunyikan keseluruhan tangan mereka, atau sekurang-kurangnya menutup kuku mereka yang dicat dengan pita pelekat.

Sumber: Oddity Central

BACA: Jepun Hasilkan Graduan Sarjana Pertama Pengajian Ninja