page

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Siapa atuk dalam siri drama Squid Game?

Baru sahaja ditayangkan di Netflix tiga hari lalu, drama Squid Game mencipta fenomenanya yang tersendiri dan sudah pun diteka-teki untuk kemungkinan musim kedua.

Ditulis dan diarahkan pengarah Hwang Dong-Hyuk, drama sembilan episod ini mengisahkan mengenai ratusan orang yang dibelenggu masalah hutang dan memerlukan duit.

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’ 3

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’ 1

Bertanding dalam permainan ‘Squid Game’ untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah 45.6 juta won, yang kalah akan dihukum mati.

Dalam banyak-banyak watak yang ada, ada satu watak yang menarik perhatian penonton, iaitu watak seorang atuk, Oh Il Nam.

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’ 4

Disangkakan turut serta dalam permainan tersebut, Oh Il Nam yang berjaya mengaburi mata semua orang ialah ‘tuan rumah’ dan dalang permainan tersebut.

Di saat kematian menghampiri, watak Gi-hun lakonan Lee Jung-Jae ada bertanyakan kepada beliau mengapa beliau melakukan manusia seperti kuda.

Jawab Oh Il Nam kerana dalam kehidupannya yang kaya, dia memahami orang kaya dan orang miskin tidak bersenang-senang dalam kehidupan mereka.

Ramai Bengang Dengan Watak Atuk Dalam ‘Squid Game’ 2

Jika seseorang itu terlampau kaya, sehingga satu masa berbelanja menjadi sesuatu yang membosankan kepada mereka.

Jadi kesemua kliennya mencipta permainan ini untuk semua orang mendapatkan keseronokan biarpun ia adalah pertaruhan nyawa manusia.

Untuk ketahui permainan apa yang perlu peserta sertai, anda boleh tonton siri drama ini di Netflix sekarang. Kesemua episodnya sudah sedia untuk ditonton.

Sebelum itu, tonton dahulu trailer Squid Game di pautan bawah:

Jika anda sudah menonton siri ini, apa kata anda tonton pula Alice in Borderland yang turut membawa tema yang sama.

Jika dalam musim pertama, seorang lelaki yang gilakan permainan video, Arisu (Kento Yamazaki) yang terperangkap di dalam bandar Tokyo yang kosong perlu bermain dengan pelbagai permainan untuk terus hidup. Dalam dunia ini juga Arisu berjumpa dengan Usagi (Tao Tsuchiya), seorang wanita yang sentiasa bersendirian di dalam dunia tersebut.

Untuk ketahui apa yanh berlaku, baca lanjut: Apa Yang Boleh Penonton Jangkakan Dalam ‘Alice in Borderland’ Musim Ke-2?