Air Percuma Selangor 31 Disember

Rakyat Selangor Diminta Segera Daftar Permohonan Air Percuma Sebelum 31 Disember Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa minggu sahaja lagi 2019 akan melabuhkan tirai, apa perkara yang anda telah langsaikan sebelum memasuki tahun 2020?

Jika anda seorang warganegara Malaysia yang menetap di Selangor, ini khabar yang anda perlu fokuskan. Kerajaan negeri Selangor melalui inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah melancarkan Skim Air Darul Ehsan; sebelum ini diberi nama Program Air Percuma bakal memberi manfaar kepada selurug penduduk negeri Selangor yang layak.

Hanya 83,382 permohonan Skim Air Darul Ehsan diterima Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) setakat 15 Disember lalu dan angka itu masih rendah berbanding sasaran Kerajaan Negeri iaitu 700,000 pemohonan dalam talian, menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusannya, Abdul Halem Mat Som.

Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma bermula pada 1 Mac tahun depan. Skim ini menyasarkan golongan berpendapatan bawah RM4,000 (suami dan isteri, tiada pasangan atau bujang) untuk terus menikmati air percuma bagi 20 meter padu setiap bulan.

Ini bermakna, air percuma yang dinikmati waktu ini akan berakhir pada 29 Februari 2020. Justeru, pastikan anda layak sebelum membuat permohonan secara atas talian sebelum 31 Disember 2019.

Air Percuma Selangor 31 Disember
Sumber: Selangor Kini

Pengguna boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my. Pengguna juga boleh memuat turun borang permohonan di laman web www.airselangor.com atau kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah pengurusan Air Selangor.

Sumber: Selangor Kini