
Rakyat Malaysia Mula Lancar Perang ‘Reverse Psychology’, #VisitIsrael Jadi Trending
Malaysia merupakan salah satu negara yang aktif menyerang dan mengkritik tindakan zionis di media sosial dengan tanda pagar antara yang paling popular ialah #shameonIsrael, #GazaUnderAttack dan #MyAqsaDefender. Namun secara tiba-tiba hari ini, #visitIsrael menjadi trending di media sosial dek penangan rakyat Malaysia.
Apabila melihat isi dalamnya, banyaknya yang menulis mengenai kekejaman bangsa zionis tersebut.
https://twitter.com/luqmanahmadhg/status/1394753506955784192
#VisitIsrael if you want to see real baby killer and said that as a self defense. pic.twitter.com/PZ8c4ragnp
— Nazzain Ismail (@NazzainLahh) May 18, 2021
Wanna see how Purge Movie in the real world?
.
Come! #VisitIsrael
.
This is #Israeltourism https://t.co/J7yG9OqAIT— Awan Wafdan ⛅️ (@seketulawan) May 19, 2021
Dengan menggunakan teknik reserve psychology, rakyat Malaysia mula menukar strategi mereka dalam mempromosikan kejahatan dan kezaliman Is-ra-hell berserta tanda pagar #visitIsrael yang kebiasaannya dicari pengguna media sosial sebelum melancong.
#visitIsrael #supportIsrael #IloveIsrael
Jadi, ayuh netizen kita sama-sama gunakan tanda pagar ini supaya lebih ramai penduduk dunia membuka mata dan sedar mengenai kekejaman Is-ra-hell.
Tahukah anda, Israel ada satu unit perisikan tentera khas yang hanya dianggotai oleh remaja autisme?
Skop kerja unit yang dipanggil sebagai Unit 9900 ini mungkin terlihat membosankan, namun untuk mereka yang autisme ianya sama seperti hobi yang menyeronokkan.
Antara skop tugas mereka:
- Mengimbas gambar satelit resolasi tinggi untuk melihat sekiranya ada objek atau pergerakan yang mencurigakan.
- Bertindak sebagai penyahkod dari medan perang Israel yang kompleks supaya dapat mengurangkan angka korban askar dalam situasi tertentu.