Rakyat Malaysia Lebih Memilih Belajar Di UK, Melancong Ke Jepun – Kajian

Rakyat Malaysia Memilih Belajar Uk, Melancong Ke Jepun

Ramai yang menganggap bahawa belajar di luar negara lebih berprestij berbanding di dalam negara. Malah kecenderungan pelajar negara ini memilih melanjutkan pelajaran ke luar negara di peringkat ijazah sarjana muda atau lebih tinggi semakin menjadi trend masa kini.

Buktinya, sebuah kaji selidik pemikir Singapura, Institut ISEAS -Yusof Ishak menjalankan kaji selidik Negara Asia Tenggara 2020 mendapati 31.3% responden memilih United Kingdom (UK) sebagai destinasi pilihan sementara 21.5% memilih Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan universiti di dalam senarai 10 universiti yang diiktiraf terbaik dunia didominasi oleh dua negara iaitu AS dan UK. Ini menunjukkan ramai rakyat Malaysia memilik UK untuk melanjutkan pelajaran. Manakal Jepun dan Australia berada di tempat ketiga dengan 14.1%.

Rakyat Malaysia Memilih Belajar Uk, Melancong Ke Jepun
Sumber: University of Nottingham Blogs

Bagaimanapun negara serantau menunjukkan AS pilihan popular untuk melanjutkan pelajaran peringkat tertinggi, diikuti UK sebanyak 23.3% dan Australia 13.8%.

Sementara Jepun merupakan destinasi pelancongan popular, menurut 23.3 responden rakyat Malaysia. Di tempat kedua New Zealand dengan 16% diikuti Kesatuan Eropah (tidak termasuk UK) pada 14.1%.

Jepun juga menjadi destinasi pilihan popular negara serantau apabila lebih satu daripada empat responden rakyat Thailand, Singapura, Malaysia, Filipina dan Myanmar memilih negara matahari terbit itu.

Sumber: Malay Mail