Buruan Marsyal AS

Rakyat Malaysia Larikan Diri Kini Jadi Buruan Marsyal Amerika Syarikat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang kontraktor warga Malaysia, Leonard Francis yang mengendalikan syarikat kontrak ketenteraan dan mengaku bersalah di Amerika Syarikat (AS) pada 2015 atas tuduhan menawarkan sogokan AS$500,000 (kira kira RM2.24 juta) dilaporkan telah melarikan diri dari tahanan rumah di San Diego.

Dia yang sebelum ini mengaku bersalah dalam kes rasuah terburuk membabitkan Tentera Laut Amerika Syarikat didapati telah memotong peranti gelang pemantauan di kakinya pada pagi Ahad lalu dan melarikan diri beberapa minggu sebelum prosiding jatuh hukum terhadapnya yang dijadualkan pada 22 September ini.

Leonard Francis yang digelar sebagai ‘Fat Leonard’ sebelum ini didakwa mengenakan caj yang berlebihan untuk Tentera laut AS dengan membabitkan sehingga AS$35 juta (kira-kira RM157 juta).

Buruan Marsyal AS

Timbalan Penyelia Marsyal AS berkata, sebaik menyedari ada masalah dengan peranti gelang pemantauan di kaki Leonard, pihaknya telah digerakkan untuk pergi ke lokasi tempat tinggalnya namun menyedari tiada sesiapa di rumah.

Leonard ditahan pada 2013 dan mengaku salah, dua tahun kemudiannya. Dia juga mempunyai banyak masalah kesihatan termasuk kanser buah pinggang yang menyebabkannya terpaksa menjalani tahanan rumah pada 2018.

Tiada siapa yang tahu di mana Leonard Francis berada ketika ini.

BACA: Aplikasi Muslim Pro Dilapor Jual Data Pengguna Kepada Tentera Amerika Syarikat

Sumber: Harian Metro