Rakyat Malaysia Seludup Dadah Austraila Terbesar

Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Bernilai RM431 Juta, Rampasan Terbesar Di Australia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rakyat Malaysia Ditahan Seludup Dadah Bernilai RM431.8 Juta Di Australia.

Pada Sabtu, polis Australia mengumumkan telah merampas dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta yang juga adalah rampasan dadah terbesar di negara itu menerusi satu siri sebuan.

Menerusi rampasan tersebut, media melaporkan seorang warga Malaysia dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah ditahan pihak berkuasa Australia selepas dikesan cuba menyeludup masuk 450kg heroin.

Dadah berkenaan ditemui dalam kapal membawa jubin seramik yang tiba dari Malaysia pada 29 September lalu.

“Heroin tersebut dikesan dalam kontena mengandungi jubin seramik yang dihantar dari Malaysia ke pelabuhan Melbourne,” kata Krissy Barret, Pesuruhjaya Pemerintah Selatan Polis Persekutuan Australia dalam sidang media.

Rakyat Malaysia Seludup Dadah Austraila Terbesar
Sumber: Newsbeezer

“Namun, kami masih sedang menyiasat sumber asal heroin tersebut. Hasil pengesanan mendapati 12,090 bungkusan heroin dijumpai dalam kontena berkenaan.”

Dalam pada itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung jenayah tersebut.

Lelaki yang tidak dinamakan dalam kenyataan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melbourne.

Suspek menghadapi hukuman maksimum penjara seumur hidup jika sabit kesalahan kerana mengimport dan cuba memiliki kuantiti komersial dadah yang terkawal.

Polis menganggarkan rampasan heroin itu berjaya menyelamatkan sebanyak 225 nyawa.

BACA: Kartel Dadah Langkawi Jalan Operasi Persis Raja Dadah Dunia, Pablo Escobar

Sumber: Awani