Rakyat Malaysia Diminta ‘Report’ Kepada YouTube Jika Terlihat Video Tidak Bermoral Upin & Ipin

Meme Lucah Upin & Ipin
Sumber: Malay Mail

Video dan meme tidak bermoral animasi Upin & Ipin banyak tersebar di media sosial.

Kewujudan meme dalam dunia komunikasi secara maya pada hari ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Menurut sumber, perkataan meme terhasil daripada penggunaan kata akar ‘mimesis’ yang berasal daripada bahasa Yunani.

Bentuk penghasilan meme boleh wujud dalam pelbagai dimensi sama ada berbentuk teks, grafik, video dan sebagainya. Tidak hairanlah jika meme juga telah digunakan oleh netizen untuk mengekspresikan diri mereka dalam talian, sering kali dengan gaya lucu.

Namun, ssegelintir netizen menggunakannya ke tahap yang lain iaitu memaparkan unsur seksual dalam animasi kanak-kanak.

Belakangan ini, animasi Upin & Ipin menjadi bualan hangat di media sosial berikutan animasi kanak-kanak itu telah dijadikan meme lucah oleh netizen yang tidak bertanggungjawab dipercayai dari Indonesia.

Dalam meme terbabit, dialog yang memaparkan watak Kak Ros disunting bersama foto memaparkan alat mainan seks.

Mengulas mengenai perbuatan tidak bermoral dengan menjadikan watak Kak Ros sebagai bahan jenaka, pakar motivasi dan pencipta kandungan YouTube yang cukup dikenali, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil mengulas.

“Jenis tak makan saman! Yang dah sedar tu Alhamdulillah.

“Kenapalah depa ni dok kalut sangat buat memes lucah utk watak animasi Upin Ipin ni,” ujarnya menerusi ciapan di Twitter.

Selain meme berkenaan, Akhi Fairuz juga membuat video ulasan di YouTube, menerangkan tentang masalah yang mana banyaknya kandungan video yang menggunakan watak dalam animasi terbabit sebagai objek seksual. Beliau menunjukkan betapa mudah dan banyaknya video sebegini ada di YouTube.

Tindakan yang diambil oleh Akhi Fairuz turut mendapat perhatian pencipta kandungan Upin Ipin, Les’ Copaque.

Les’ Copaque berterima kasih dengan Akhi Fairuz dan meminta kepada semua agar membuat laporan jika terjumpa video Upin & Ipin yang diubah suai menjadi kandungan lucah.

Jika menaip nama Kak Ros di ruangan carian di YouTube, senarai cadangan yang dikeluar merujuk kepada carian yang kurang sesuai. Ia menunjukkan begitu mudah video tidak bermoral ditemui dan amat berbahaya kepada kanak-kanak.

Meme Lucah Upin & Ipin

Akhi Fairuz tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada pengguna media sosial negara jiran atas tindakan memalukan itu.

“Segelintir sahaja begini. Rakyat Indonesia yang tak suka (gila seks) lebih ramai.

“Mohon rakan-rakan tidak kecam negara ya. Sebab itu dalam video di YouTube saya mengajak rakan-rakan di Indonesia untuk melaporan kandungan luah begini di IG mahupun YouTube,” katanya.

Ada yang menggesa pihak penerbitan Les Copaque untuk lebih tegas terhadap tindakan tidak bermoral ini.

Sumber: Gempak